Tuesday 2 April 2013

kenapa menipu

ye kenapa budak sekarang suka sgt menipu.sedih bila tgk anak didik sendiri buat mcm tu.kalu dulu kita gelarkan budak adalah manusia yg paling lurus dan jujur.tak berani menipu,tp sekarang....


ye mungkin sesetengah...
tak semua


tapi aku agak marah pagi ni.bila seorang budak tidak mengaku yang dia meniru .siap menangis2 lagi ckp tak meniru,dgn harapan aku percayakan dia.sedangkan jawapan sama dgn jawapan belakang.seingat aku, aku dah kutip semua kertas jawapan pada buku kerja.aku tanya dia lagi, kertas jawapan kamu dah hantar?dia ckp dah...dalam hati, tak mungkin...sbb aku tau tahap budak ni


lepas tu aku mula main psikologi.aku tenung mata dia dalam2.aku tanya dia lagi sekali
cikgu merayu supaya jgn menipu cikgu
cikgu takkan marah kamu kalau kamu bercakap benar
last cikgu tanya kamu, benarkah kamu sendiri yg jawab semua latihan ni

ya cikgu


betul?
aku tenung dia lagi,dia mengangguk menyatakan dia tidak meniru.aku tetap tak puas hati.lastly aku mula la berlakon.aku ckp yg aku ni ahli nujum, tok bomoh.aku dpt tau.perkara yg tidak semua orang tahu.aku tau apa yang dia buat


lastly, setelah di asak berkali2 sampai nak habis waktu.baru la budak tu mengaku yg dia meniru.sblm dia menyerahkan kertas jawapan.emaknya pergi fotostat kertas jawapan utk kemudahan anaknya

wahai emak, bukan begitu caranya hendak mendidik anak, dgn membiarkan ank meniru kertas jawapan, mungkin maknya nak nampak perfect,nak nampak semua latihan yg dijawab anaknya betul semua dan dpt bintang.bukan begitu.biarlah anak tu belajar dari kesalahan.biar latihan anak comot dgn pen merah cikgu yang berpangkah sana berpangkah sini. asalkan dia dpt belajar dari kesalahannya.



sekian laporan dari tok bomoh, eh cikgu, tak pasal2 aku pun turut menipu jadi tok moh. kalu aku tak ckp mcm tu aku yakin dia takkan mengaku sampai sekarang.

6 comments:

  1. aduyaiii..patut la status fb cakap nak tukar kerja jadi tok bomoh..hehhehe..tok bomoh eka...ada lak mak sanggup tlg anak ngan cara gitu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye chinta.... Suka sgt nipunya

      Mak tolong anak tu bagus.eka sgt2hargai sbb meringankan keje guru,tp kene bimbing utk mendapatkan jawapan,bukan terus memberi jawapan bulat2.sbb bila eka tanya soalan yg lebih kurang sama pada budak tu, dia langsung tak dpt jawab pun.kalau dia menipu camne eka nak tau kelemahan dia.Dlm fikiran eka ada gak terlintas, entah2dia sendiri yg gi fotostat kertas jawapan.tak kan la ada mak yg bg jawapan bulat2.cam menipu diri sendiri pun ada

      Delete
  2. ya betul tu...kami org tak pernah tolong siapkan h/w anak2... cuma tolong ajar...lain sila wat sendiri..tapi kan....ramai kita jumpa kawan2 yg tolong anak wat h/w....bila kita tegur..derang kata..sian..kerja byk...hurmmm tak tahu lah nak kata...for us...lantak ler ...janji anak..sila wat h/w sendiri...tolong ajar n tgk kan ajer...tak mo buat ..sendiri jwp dgn cikgu yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tak semua la.ni pun eka terfikir entah2 dia buat cerita ja kata mak dia yg fotostat...eka ni kalu dah sekali kene tipu susah sket nak percaya dah. Tu la serba salah cikgu ni kadang bg keje byk pun susah,tak bg keje pun susah...haishhh

      Delete
  3. Mak tolong anak tu bagus.eka sgt2hargai sbb bekerjasama dgn guru,tp kene bimbing utk mendapatkan jawapan,bukan terus memberi jawapan bulat2.sbb bila eka tanya soalan yg lebih kurang sama pada budak tu, dia langsung tak dpt jawab pun.kalau dia menipu camne eka nak tau kelemahan dia.


    Dlm fikiran eka ada gak terlintas, entah2dia sendiri yg gi fotostat kertas jawapan.tak kan la ada mak yg bg jawapan bulat2.cam menipu diri sendiri pun ada

    ReplyDelete
  4. Eka,
    akak suka baca pengalaman Eka jadi cikgu tau.. citer2 camni.. apa kata Eka buat citer cemni selalu. Katakan la dalam seminggu tu 3kali Eka citer pasal dlm kelas, pasal mengajar, life kat Swak tu, anak murid Swak. Budaya sana. Bes tau..sbb kan kita semenanjung lain.
    Maaf le kalo Eka mmg tak suka nak citer pasal keja Eka dlm ni. Tp akak rasa kalo Eka tulis camtu lagi bes. Eka ada story menarik yg kami takde.. kan..

    by the way, rajin juga la si mak tu fotostat jwpn..hurmm... memacam hal..

    ReplyDelete