Thursday 11 April 2013

SABAH 2013 : PART 2

Ahad, 24.3.2013
Lokasi : Gaya Street, Lokan di Salut, Rumah Terbalik, Kundasang



GAYA STREET

bangun pagi seawal pukul 6. apa??????????? pukul 6 baru nak subuh? subuh gajah la jawabnya. laju2 solat. dah la tu janji dgn abang Shahril nak amik kereta sewa pukul 7, mandinya belum... so en suami mandi ala2 P.Ramlee, turun bawah amik kunci. Pada masa yang sama aku siap2 packing barang, jap gi nak check out dah... tmpt pertama yang dituju adalah GAYA STREET. setiap kali ke Sabah aku tak penah miss ke tempat ini.best.mcm2 ada. konsep sama mcm pasar malam. panjang kawasan dlm 2-3km gak aku rasa. panjang... igt taw... gaya street hanya dibuka pada hari Ahad je, pukul 6 pagi hingga 1 tgh ari.


kalau dari Jalan Tugu, terus je, Gaya Street dok belah kanan, sebelum Suria Sabah taw !!!!


apa yang aku dok gila sgt dgn gaya street ni. tak lain tak bukan adalah, jamu mata...


 ada beg


baju



rumpai laut, sabun kolagen, makanan tradisional sabah, kuih cincin, pasu, barang antik


pets pun ada jual tau. kucing cam Shiro kat 1k harganya.mahal betul


dan yang paling best adalah... brooch. tgk la berkotak2 aku ambil, dia siap bg kotak baru lagi. hehehe


gelap mata bila tgk sume barang murah2. nak nya kalu beli byk2 lagi la. yg brooch 'ank dgn mak' sekotak ada 12 ketul camtu (sedozen), rege dlm Rm 45, kalu yg single pulak, yg jenis bergayut2 tuh RM 30 sedozen. murah la...kalu beli sikit2 3 biji RM 10. 12 biji Rm 40... ha tgk kan dah jimat RM 10. jadi tak salah la aku berbelanja kan... ni je yg termampu nak bg kat sedara mara. raya kat dah dekat. ye la aku balik bln 6 nanti,time tu la nak pass sourvenir... kami dok kat gaya street ni lama la juga, sedar2 pukul 10, terus ajak en suami gerak ke Salut... 


LOKAN BAKAR DI SALUT (Salut tu nama tempat yer, jgn salah faham)


apa yang ada kat salut... LOKAN BAKAR.. yummey.. ini antara tmpt yg aku tak dpt pergi masa 1st visit dulu.so kali ni akan ku pastikan aku sampai ke sana jua. camne nak ke sani... taip je kat gps POLITEKNIK KOTA KINABALU. tmpt ni adekat Sepanggar gak la



sampai di politeknik>terus je lagi>roundabout>amik pukul 9(kiri) > Jalan Sulaman> jumpa deretan kedai yang memanjang > cari kedai BERSAMAMU di sebelah kanan anda


kenapa perlu cari kedai BERSAMAMU, 

1-tokey dia orang Islam, kaum Bajau, jadi boleh makan tanpa was-was, 
2- aku rasa tajuk kedai tu memberi makna sesuatu, bila sembang dgn tokey kedai ni, aku dpt rasakan kesusahan hidup mereka, di kawasan ini tiada bekalan elektrik, katanya, kedai mereka pernah dirobohkan satu masa dulu untuk tujuan pembangunan apa tah ler.. ada 2-3 org di situ, aku rasa penduduk kampung, dari segi pakaian cukup buat aku bersyukur dgn kehidupan aku sekarang... terus rasa cam, betapa membazirnya aku selama ini. 


apa yang perlu dimakan di sini... puding kelapa RM 4, kelapa bakar RM 3, lojan bakar pulak kalu yg kecik tu RM 10 ada dalam 15-20 ekor. kalu yang RM 12 saiz besar2 sket.. 

en suami suruh bulatkan mata.hambik ko


yang kiri puding kelapa, kanan kelapa bakar, air kelapa tu panas je lagi.aku suka jer



lokan bakar, ats tu ada sambal + limau... sedap


 1 dulang RM 12, ikutkan nak mkn dgn nasi, tp kami dtg awal sgt, nasi tak masak lagi. pukl 2 br ada nasi


 ok jemput makan



actually ada byk lagi gambar kami di kedai ini, tp ada dlm kamera yg hilang tu


pada mulanya en suami suruh tokey dia amik gambar guna dslr, laju2 dia tolak dan ckp, 'tidak pandai saya' tu yang bagi kamera hijau aku tu. sayang sgt. kalu ada kamera tu boleh aku tunjukkan mana satu kedainya.takpe nanti kalu uols nak pergi pastikan pergi ke kedai paaaaaaaling hujung.then u-turn balik baru nampak kedai bersamamu ini. total makan dalam RM 19 camtu termasuk air.ok la... cupppp.... kalau tak silap aku sebelum /selepas politeknik ada gayang seafood tapi kami tak singgah sbb dah kenyang makan lokan bakar.



RUMAH TERBALIK


aktiviti yang ketiga, iaitu malawat ke rumah terbalik. buat pengetahuan, dari KK nak ke Kundasang mmg lalu tmpt ni... dah masuk area Tamparuli rajin2 la tgk belah kiri. mmg perasan sbb nampak signboard ini di tepi jalan.



lagi satu, kita akan nampak byk kereta pengunjung di sepanjang jln, maybe time cuti sekolah





honestly, jauh di sudut hati aku rasa entrance fee yang dikenakan agak tak logik la. hanya dengan melawat Rumah Terbalik, tiket masuk saja, RM 15/pax. kalau anak ramai tu camne? kira la tgk. dah la tak boleh amik gambar. toilet pulak mahal... sekali masuk RM 2. wah agak melampau la kan. mengikut kata kawan2 aku, rumah terbalik ni dpt tgk dari luar, tp skang ni derang dah buat pagar, kalu masuk ikut restoran sebelah tu ada je pekerja rumah terbalik ni ikut, katanya tak boleh nak amik gambar so nak tak nak, kene gak la beli tiket



jenuh tonggeng terbalik aku tgk rumah ni...

itu dia model tidak berbayar. again......gambar aku semua di kamera yg hilang tu. sob sob sob



perjalanan diteruskan lagi ke Kundasang. amik masa dalam sejam la juga dari sini. mana tak nya kete sewa kami tiba2 high temperature. en suami risau la... tp takde apa pun yg berlaku.alhamdulilah...



PEKAN NABALU



kalau dah sampai kundasang mesti la kene singgah pekan nabalu. malangnya kedai byk tutup.maybe hari Ahad kot. teruskan perjalanan dlm 10-15 minit sampai la sudah ke destinasi yang hendak dituju... sebelum ke tempat lain, check ini dulu


PEKAN KUNDASANG





berterima kasih pada pihak hotel sbb beri map ini. so aku upload kan utk kamu2 semua. mana tau kot pegi Kundasang nak stay kat mount kinabalu heritage. ni la direction nya, siap ada list tmpt menarik lagi... ni semua penangan citer dejavu kinabalu ni. kalu tak, aku tak duduk sini kot...leh camtu.ehehhehe. takde la kata org tmpt ni antara yg tertinggi, jadi harapan aku hanya satu supaya dpt melihat keindahan mount kinabalu dgn jelas.tu jer... wah feeling tiz dgn aqasha la kunun. pagi2 buka lagu 'butterfly' mmg mental aku nih :)



known as Hotel Perkasa 


disebabkan kami  datang awal sgt, jadi tak dpt la nak rehat2 di bilik. so turun semula singgah pekan kundasang

memperkenalkan ini ketua kampung di daerah ini



dan ini pulak isteri ketua kampung. muka berminyak maklumlah busy memastikan rakyat hidup selesa


apa yg berwarna warni tu. homestay kah?


 pekan kundasang ni penuh dgn sayur segar. geram tgk.kalu aku tak ke mana2 mmg nak juga beli sayur 



 stoberi kundasang, sedih betul la aku tgk.kecik2 jer. tak ckp zat. 1 set ada yg RM 15, ada yg RM 7


 keropok ubi yang rangup, sedap !


ada juga bunga, sejambak RM 10, sekuntum RM 3 kot

cantikkan



 geram tgk bunga


 bunga ni lagi la.sama tema dgn pakaian aku utk hari ini, purple-pink

en suami cakap,bunga tu upah sbb makan pujuk. ngeee igt kan dah lupa kes semalam :)



ni anak sapa tah. sian je tgk seluar koyak. mana mak dik, akak kidnap nanti :)


kejap je pusing2 pekan Kundasang, pahtu perut lapar.nasib la skang KFC dah ada kat Kundasang, dulu kalu nak mkn KFC kene turun ke Ranau. jauh la sket.jalan di Kundasang pun dah ok. jalan pun dah berturap. ok sambung next entry kat desa castle pulka.dah byk gambar nya ni



perbelanjaan hari ini
kuih cincin + karaka + bayam goreng RM 27
brooch RM 30
seawed RM 15
kfc RM 29.90
Minyak RM 50
sejambak bunga RM 10
buah stoberi RM 7
keropok ubi bermadu RM3
puding kelapa RM4
kelapa bakar RM3
lokan bakar RM12


10 comments:

  1. haiii bilelah nory plak nak sampai sana...

    comellah peplum eka...hehe

    ReplyDelete
  2. ala org tu lagi best.baru blk uss je :)

    tq nory... murah je peplum eka ni

    ReplyDelete
  3. i love sabah.. pergi masa 2011.. rindu nak g lg terutamanya kundasang dan pulau manukan..

    ReplyDelete
  4. ida tak sempat ke gaya street. gaya street kat mane pun ida taktahu. lokan bakar ade dlm list id atapi tak jumpe. hahahahahhaha.. should i repeat? ceeeewahhhhh alasan

    ReplyDelete
  5. memang xlogik..mahal giler tiket rumah terbalik. masuk tak sampai 5 minit pun..huhu

    ReplyDelete
  6. rumah terbalik tu mcm interesting je u. mahal mmg mahal tp kalau boleh masuk kan best huhu.

    eh jap u pakai high heels? tak sakit ke kaki u? :O

    ReplyDelete
  7. Bestnya jalan2 sabah..
    Eka pon comel pakai baju peplum tu :-)

    ReplyDelete
  8. rindunya kat Sabah..! negeri Borneo paling best..

    rindunya nak ulang trip ke sana..

    ReplyDelete
  9. bgsla eka..akk nk pegi bln 5 nih..leh ikut guide eka buat ni...xyah pening2 nak google dah

    ReplyDelete
  10. hahaha..part besarkan mata sama cm has..selalu buli husband suruh besarkan mata sebab dia pun sepet mcm eka...anyway bestnya gi sabah..sblm ni has planning dgn husband nak gi sabah tengah tahun ni tapi bila jadi kes kat lahad datu, cancel dulu... :)

    ReplyDelete