Monday 29 April 2013

self reward

self reward... atau ganjaran utk diri sendiri. terdapat pebagai cara untuk memberi ganjaran terhadap diri sendiri setelah membanting tulang empat kerat demi mendapat sesuap nasi. honestly, aku sentiasa berada dalam dilema setiap kali nak dpt gaji. takut kang berlakunya pembaziran, dgn mengamalkan prinsip self reward


aku ada satu perasaan yang.... belum dpt gaji dah tanya dgn diri sendiri, bulan ni nak beli apa yer...siang malam ni dok fikir. pulun kan. siap senaraikan lagi. kadang2 aku risau... semua tu nafsu je sebenarnya. apa yg aku nak, kadang tu kehendak.. bukan keperluan... sgt berbeza.. antara kehendak dan keperluan.


mula mula kawen dulu en suami pelik tgk aku, aik bukan ke kasut dah beli bulan lepas... bulan ni beli lagi.tapi selepas 3 tahun hidup bersama, dia dah mula lali dah. soalan mcm tu tak timbul dah sebaliknya dia pulak yang tanya bulan ni nak beli apa pulak. hah....



dia yang sgt memahami


yer walaupun baju dah penuh dalam almari, masih juga beli baju baru, bukannya baju tu rosak atau koyak pun... tu la nafsu namanya. pada masa yg sama hati kecil ku memujuk. 




ala ni la reward utk diri sendiri setelah penat bekerja siang dan malam :) 



konon la. pastu bila tgk org yg susah tetiba emo... kejamnya aku, terus rasa nak beri semua barang aku ke derang. cthnya bila ku tenung seketul handbag yg harga sekian2, silap2 kalu di convert kan jadi duit mungkin lebih bernilai bagi sesetengah org. masalahnya bila kat shopping complex tak fikir dah benda tu. lupa diri. mungkin aku kene framekan gambar2 org susah dan letakkan dalam purse. eh bukan purse, tp wallet en suami. hihihi puan isteri belanja, en suami bayar. baru serba salah nak berbelanja kan. mari muhasabah diri

kasihan bukan


SENTIASA BELAJAR UNTUK RASA BERSYUKUR DENGAN APA ADANYA. LIHATLAH ORANG YANG LEBIH SUSAH DARI KITA, JANGAN SESEKALI BANDINGKAN DIRI, DENGAN ORANG YANG JAUH LEBIH SENANG DARI KITA.

3 comments:

  1. hehheh..biasalah perempuan kan..nafsu yang satu tu memang takleh dibendung..hihihi :D

    ReplyDelete
  2. betul.. ida salu reward diri ida dengan pergi makan sedap sedap kat luar.. barang tak selalu.. lebih kepada nak mencekikkkkk je.. hahahahhaha

    ReplyDelete
  3. kalau ikin,tiap2 bulan dpt comss mmg akn reward kan diri..kalo dulu shopping..tahun ni tkar..pi cek in hotel..area2 kl pun ok..disebabkan dah ada anak..nak shoping barang sendiri no 2..barang anak dulu..:)

    ReplyDelete