Tuesday 10 January 2012

WINTER SONATA 5 : GWANGHWAMUN SQUARE

selepas mengenal sejarah korea di entry ini, kami mula mengembara ke tmpt lain di bahagian seoul juga, iaitu gwanghwamun... dekat je dgn istana tadi ni... daripada pintu besar istana, jalan je terus cross jalan besar, then sampai ke gwanghwamun square, tayah naik subway pun takpe... mmg dekat sgt.depan2 jer...


 ha nampak tak pintu gerbang istana tu


 akan lalu bangunan ini juga...adeh tak igt apa kenamanya...lama sgt tinggal...


akan jmpa bunga kobis ni..eh kobis ke...tah ler. ni depan central government complex


masa ni dah nak malam, kat pukul 5 sengah dah...ye la masa ni kan tgh winter.. so siang adalah pendek...subuh dalam pukul 6 pg, isya' kat kul 6 camtu. polis adalah di merata2 tempat... so no wonder korea merupakan negara yg kurang jenayah...kejap2 ko jalan akan nampak pak polisi. makanan pulak disediakan di dalam bas bawah ni... derang jadikan bas tu mcm restoran bergerak dah ha...



 ampun pak...ambik gambar tanpa kebenaran


tp masa aku pegi tu cam ada event je. aku pun tak paham... skali tgk cam ceramah pas n umno pun ada...eh? yg pastinya hal2 politik la kot, parti2 ni. ke rusuhan...aku pun tak pasti. nak pose pun takut2. rasa cam tak selamat... dalam kepala otak ni mula terpikir, eh korea utara nak antar serangan ke apa...kan last year korea antar bom kat yong pyeong.time tu mula la pikir macam2

 polis siap dgn perisai lagi...


ok dah sampai ke destinasi yg hendak dituju...cer tgk apa budak 3 org tu buat



kat sini ada 2 statue, iaitu statue Admiral Yi Shu-shin dan King Sejong. yg atas tu king sejong. sapa king sejong ni... kalu nak tau, dia la yg cipta huruf korea iaitu Hangeul. Zaman dulu2 kan Korea pakai huruf Cina untuk menulis



en suami dan king sejong

Dekat kawasan ni juga, ada shopping complex bawah tanah, kedai sourvenir, Sejong Belt, iaitu pusat budaya yang menghubungkan kepada Sejong Centre. dia mcm muzium tp ada gak permainan main tembak-tembak, gabung-gabung puzzle.best gak, masuk adalah percuma


siapa yang macho ni, beliau adalah admiral yi


kira laksamana Korea yang paling hebat dan terkenal la ni. kalu kat mesia kita ada Hang Tuah. berdasarkan sumber yg boleh dipercayai, beliau merupakan pahlawan yg tampil ke hadapan utk menghalang kemasukan Jepun ke Korea waktu zaman perang dulu.


pemandangan dari jauh, admiral yi

namanya gah di setiap pelosok korea dgn kehebatan strategi perangnya. Jepun antar serangan thru laut sebanyak 23 kali pun tak tertewas. kiranya skill yg digunakan tu mmg hebat la. dia guna skill Khalid al-Walid kot..info ni semua aku dpt dari sini .



turtle ship atau kobuksan


Satu lagi benda yang sering dikaitkan dengan Admiral Yi ni adalah dia punya Turtle Ship yang dipakai waktu berperang.turtle? tapi nampak cam kepala naga je kan...ntah...naga kacuk dgn turtle, jadi cengitu kot... tulah serba sedikit citer tentang gwanghwamun... tmpt dia tak la besar mana... berdekatan je. kitorang dok situ pun kejap je... tak tahan dgn suhu semasa... pantang nampak coffee shop, mmg berhenti.



ini fakta yer...coffee shop di korea sgt la banyak... mcm2 design ada. later aku akn stori pasal ni. nak yg murah dekat family mart pun ada... rege dalam KRW 1000-2000 je. tp aku ni idok le makan kopi...haruslah hot choco...sangat best ok, bila cuaca sejuk tahap peti ais tu, dapat makan benda yg panas... terasa air2 tu masuk ke trachea n lung..ngeeee tipu...


p/s : actually gambar byk je, tp sume hancur sbb tak bawa tripod.huhuh... so tgk la gmbr yg kira ok sket ni
 

3 comments:

  1. apsal tak bwk tripod, kalo tak, mesti berderet2 gambar kowang bercenta, heeee~

    ReplyDelete
  2. Hari ni cikgu sains bertukar jadik cikgu sejarah... Baik ! hehehe

    ReplyDelete
  3. perrrggghhhh, syok giler baca entry ni.. dah rasa macam kat sana pulak bila masuk blog eka ni.. hihihi

    ReplyDelete