Thursday 14 February 2013

o(╯□╰)o BEIJING PART 5 : Great wall (Badaling)

DAY 2 (22.2.2012)


-8C : suhu paling selesa yang kami rasai sepanjang di Beijing, selalaunya -15



masuk hari ke-2 di Beijing, kami terus ke tempat yg dikenali sbg 1 of seven wonders of the world. inilah penyebab utama aku nak ke Beijing. kalu tak, sampai skang pun aku tak jejak Beijing lagi. Seawal pukul 8.30 (awal ke? tu pun jenuh o-som n main tolak2 masuk toilet utk mandi) kami laki bini pun bergerak. perjalanan kali ni agak challenging, sbb kedudukannya yg agak jauh di pedalaman China. kebiasaannya kami menggunakan subway.tp kali ni kami terpaksa menggunakan bas juga. sistem subway di beijing tidak menghubungkan jalan ke great wall. tp ada train yg bawa penumpang ke sini... cer google



 camne nak naik bas ke great wall. stop kat Jishuitan station yer adik2


line 2 > Jishuitan Station > exit A > jalan 450 sehingga jumpa simpang > nampak Deshengmen Arrow Tower di sebelah kiri > hati2 lintas seberang jalan > amik bas cap 877. meh aku terang scr bergambar




the 1st bus stop. ignore !!! jgn singgah sini.. byk 'ulat'


keluar je dari subway, akan jumpa bus stop cam dlm gambar di atas (pic 1 dan 2). abaikan, jgn naik bas kat sini.mahal. kuatkan iman, dari termakan pujuk rayu ulat2 yg cuba memperdayakan kamu di sini... bus stop nak ke great wall terletak jauh sket dari subway ni. lebih kurang 450m dari Jishuitan Station dlm 10 minit jln kaki (pic 3). jln terus di sisi jalan sampai jumpa simpang 4 yg agak busy . kat sini dah boleh nampak Deshengmen Arrow Tower mcm gambar bawah ni. masa aku pegi tower ni tgh renovate



ha... ni la Deshengmen Arrow Tower. kene cross jalan ke seberang sana. hati2 tau, kereta byk


di sebelah tower ni la ada bus stop kecik je utk ke great wall. byk bas kat sini. igt jgn pegi kat pondok tu


terus ke bas no 877 dan bayar 12 yuan / per (RM6)-one way


kat sini aku perhatikan ada 1 lagi spesis bas yg wujud. iaitu 919 jgn naik bas tu, sbb 919 ni bas lompat. dia berhenti byk tempat. jd lambat la sikit perjalanan kita tuh... ruang tmtp duduk bukan 2-2, tapi 3-2


beginilah keadaan dlm bas, agak sempit.sempit dari bas kita kat Malaysia*my baby naik je bas tido*


bas ni tak terus jalan tau, dia tunggu passenger penuh dulu baru dia gerak... pastu ada sorang chinese lady conduct bas ni... ckp cina la yg pastinya. dari gaya dia, aku nampak cam pemandu pelancong dok terang pasal kemegahan tembok besar sepanjang perjalanan kami... aku perhati je dia. aku senyum dia, dia senyum aku balik.. hahhaha. mesti dia kata 'budak ni 'macam' la paham apa aku ckp. terkebil2 tgk aku.' hahhaha



bukit bukau ni la yang mengiringi kami sepanjang perjalanan


selepas 1 jam sampai la kami dgn selamat.





kredit to encik bas kerana menjadi pemandu berhemah *ni la bas yg kami naik,cam bas persiaran je kan*


bas tersebut berhenti betul2 dpn tiket masuk ke great wall 


cup! aku rasa faktor pemilihan baju utk hari ini menyebabkan identiti aku kurang menonjol


keluar je dari bas... mmg sejuk gile... aku tak tau suhu berapa... aku rasa mungkin faktor angin siberian yg bertiup ke arah great wall tu yg menyebabkan kesejukan melampau. kat sini ada banyak kedai taw. kedai sourvenier, kedai yg jual winter set cam glove snow cap, sweater sume ada. ubi rebus pun byk dijual ... oh terus teringat kelazatan ubi di nami island... sampai merajuk2 dgn en suami. aku nak  try ubi rebus kat sini. tp en suami tak bg... en suami takut entah air apa yg direbusnya, kita tak tau... ok ok2 bersyak wasangka itu bagus, spy aku habiskan roti gardinear yg dibawa dari Malaysia. hmmmmph...



putih...sama bacground dgn background. susah nak cam. patut pakai jacket warna terang sket kan


sampai2 je budak pompuan yg aku cakap, act like travel agent tu pun terang gini2... 


semua pakat beratur beli sliding ticket. aku nak cari cable car.tp katanya jauh sket. 


so naik je la sliding car ni pun ok jerp... harga ... utk entrance fee to great wall + return sliding car = 100 yuan (RM 50 / per) berdasarkan pembacaan aku, nak ke great wall ni ada pelbagai cara. ada yg naik cable car 40 yuan, ada yg naik sliding car cam aku ni. dan yg gagah perkasa lagi, naik guna kaki.. ya.. mendaki la... track ada disediakan... kalu nak test stamina boleh la... aku...? idok le. naknya musim sejuk beku ni.mau beku urat saraf aku semua...


tiket dah dpt? jgn tunggu lagi


dgn lafaz bismillahhirahmanirrahim....jom memulakan langkah


sliding car terletak kira 10 minit dari counter ticket



masuk je kat tmpt bear ni.



 ada seekor bear kaler hitam tau.. hihihiih



sempat beli glove and ear muff utk en suami (30 yuan, agak mahal di situ, tp terpaksa sbb sejuk sgt2)



comel tak ear muff saya :) sampai sini, jln terus lagi ke hadapan


sampai nampak signboard SLIDING CAR



masuk jer, then show the ticket, and wait until your turn



oh ya kalu ada yg bertanya camne rupa sliding car.. ini lah dia. 




guna sistem pulley...kita tak yah nak main gear ke hape... duduk je ats tuh dendiam. sbb dah ada rail dia


pekerja dia akan tolak sliding car kita, sbb masa nak pegi kan menaik sket, masa turun br besh.laju je turun



oh itu kami..  cermin bulat di tepi utk memudahkan pemanduan :)


 palang di sliding car kene pakai utk safety diri sendiri *amik gmbr sendiri, shaking lak tuh*




 ohhh its me


 and me again :)


ni la pemandangan yg mengiringi kami selama lebih kurang 7 minit ats sliding car.putih bersih


tak smpt panas montot, akhirnya sampai di kemuncak... ops.. tak payah nak kemuncak sgt.. 



baru permulaan je tu, tak caya tgk ni. baru kat Badaling, bape jauh nak ke Simatai sana nun


 ok jom tgk gambar dari ats


cantik kan


 Badaling great walll


Great Wall antara tapak warisan dunia UNESCO.  ia  merupakan lambang kemegahan rakyat jelata sehingga kan mendapat jolokan Soul of China. Tembok Besar China membuktikan ketaatan rakyat kpd kerajaannya. Pada asalnya tembok ini dibina utk mempertahankan wilayah China drp serangan orang hun pada zaman Dinasti Chin, tetapi tembok ini bertukar kpd drama air mata kerana ramai yg terkorban sepanjang tempoh pembinaannya.  tempat ini pernah dinobatkan sbg kubur terpanjang di dunia kerana pekerja yg terkorban akan di kebumikan terus di tembok ini. Jadi mayat mayat mereka akn kekal bersemadi di dalam tembok tersebut. scary pulak bila diingatkan balik. aku kemain suka melompat terkinja2 kat sana. mana tau lompat punya lompat sekali nampak tulang yg berusia lebih kurang 2000 tahun.huhuuh... 


marah betul aku kat en suami, bila sampai hotel tgk gmbr snow cap aku senget benget.tak ckp pun taw >o<


masa ni confident jer, rasa cam cun jer... bila balik hotel... abang!!!!!!!!


jeles la tu kan, takmo bg puan isteri comel2 !!!


keje aku nangkap gambau je, ye la tmpt yg diidam2kan *perasan tak ada org kat bwh*


 euww... syibukk je la org belakang tu


aku rasa yg bercabang 2 tu mungkin Mutiayu Great Wall


ok... di atas tembok ni, walaupun matahari terik memancar. sejuk nya tetap terasa ke sum2 tulang... nak pasang tripod pun mengigil-gigil. deria rasa mmg takde langsung.kebas semacam... seksa sgt. sampaikan jari jemari ku yg halus mulus ni luka sbb tak sedar terkena skru di tripod.sampai hotel baru sedar. eh luka la jari syg... sabar je la...


manusia sket punya ramai, chinese la juga pun.tak kira. ko bape kali dah panjat, bagi chance kat aku lak


 sampai pesan kat en suami 'jgn hilang taw..'



 oh.. gambar teramat banyak, sampai tak tau nak letak caption apa, kita selit dgn cerita nak




ye kalu pulau langkawi terkenal dgn cerita Mahsuri nya, great wall pun ada juga cerita lagenda nya... Pada zaman pemerintahan Maharaja Qin, semua lelaki di negara China dipaksa bekerja utk membina tembok besar ini... mereka sgt taat pada emimpin yer.. tak berani nak melawan apatah lagi nak demonstrasi segala.




Menyedari ramai yg terkorban, maka, seorang lelaki kacak yang bernama Fan Xiliang cuba menyembunyikan diri utk mengelak dari dikerah tenaga. ketika Xiliang bersembunyi di kebun, dia terjumpa dgn seorang gadis yg cantik, Meng Jiangnu. Jiangnu pun bawa balik Xiliang ke rumah. kononya nak selamatkan Xiliang la



Dipendekkan cerita, Xiliang yg sememangnya jatuh chenta pandang pertama dgn Jiangnu, terus hantar rombongan meminang. disebabkan makpak Jiangnu ni pun berkenan dgn Xiliang, jadi mereka pun berkahwin.... 



genap 3 hari pernikahan mereka, (kesian kan, tak sempat honeymoon pun) si Fan Xiliang ni dicekup oleh tentera kerajaan lalu dipaksa bekerja membina tembok. nak tak nak terpaksa la tinggalkan isteri tersayang.




hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan... pada suatu malam, Jiangnu bermimpi yg suaminya sedang kesejukan. disebabkan suaminya memakai baju nipis, Jiangnu laju2 buat baju sejuk utk suaminya... bila dah siap, Jiangnu pun mencari suaminya.  



naik bukit turun bukit, redah sungai, gunung ganang, akhirnya sampai la Juangnu di Tembok Besar China. Sesampai sahaja di sana, rakan2 Xiliang memberitahu yang suaminya telah mati dan diebumikan di dalam tembok terebut. Jiangnu sgt sedih lalu menangis memohon tuhan menunjukkan jasad suaminya. 




tiba2 petir menyambar tembok sehingga terbelah dua. di sebalik runtuhan itu, Jiangnu ternampak tengkorak yang berselerak. tetapi dia tidak tahu mana satu suaminya, lalu dia menggigit jari telunjuknya. dgn tak semenanya darah yg menitis mengalir laju ke arah suaminya, lalu Jiangnu pun mengutip kerangka suaminya utk dikebumikan dgn sempurna. 


Belum pun sempat mengutip ke semua tulang2 temulang suaminya, maharaja Qin dan tenteranya pun dtg. mereka menyangka Jiangnu la yg menyebabkan tembok besar tersebut runtuh. 



Sebaik sahaja maharaja melihat wajah Jiangnu, niat asal utk menghukum Jiangnu terus terbatal kerana tertarik dgn kecantikan Jiangnu. maharaja menyampaikan isihati utk memperisterikan si Jiangnu. Jiangnu yg sangat mencintai suaminya mendapat satu idea




Jiangnu kata kat maharaja, 'aku akan kawen dgn ko, sekiranya ko dpt memenuhi beberapa syarat'. pastu maharaja yg mmg dah berkenan sgt kat jiang nu pun ckp, 'ok bereh...' antara syarat yg Jiangnu berikan adalah, Jiangnu mahu suaminya dimakamkan dan berkabung sbg tanda penghormatan. 




Raja pun bersetuju. ketika hari terakhir perkabungan, sehari sebelum tarikh perkahwinan, Jiangnu meminta maharaja  menemaninya uttuk melihat pemandangan dari ats Tembok Besar China. 



Sesampai sahaja di ats sana, tiba-tiba Jiangnu menjerit ' Fan Xiliang, tunggu lah aku, aku akan menyusulmu'. belum sempat apa2 Jiangnu terus terjun dari tembok lalu terhempas ke bumi. 



Begitulah agungnya cinta Jiangnu dan Fan Xiliang. Baru setia hujung nyawa kan. sanggup bunuh diri demi kesetiaan pada suaminya.




 tak tau la sejauh mana kebenaran cerita ni. tp aku harap cinta aku pada en suami pun sehebat cinta Jiangnu dan Xiliang... 



satu fakta yang perlu diketahui Neil Amstrong melihat  Tembok besar China adalah satu daripada dua binaan di muka bumi yang dpt dilihat dgn jelas dari angkasa lepas.


hehhe.. kami di sini.. ada org tak dlm tembok ni...

ha.. baru ada chance gmbr berdua.kalu tak mesti ada je org sbg background


geram ngan budak ni.come je.mcm pingu.baju bapa dia agaknya


nampak tak belakang kami tu


nampak cam byk je snow dia


belah kami ni kurang


mungkin sbb ramai yg dok lalu lalang. dok pijak.


akhirnya snow 2 tu pun mencair

cantiknya la

 ni dpt amik gambar dari jauh pun jadi la


nak menapak ke sebelah sana.. idok ler...


dengan tangga nya yg mcm ni


 dah habis zoom dah


sana sini kelihatan ais2 yg membeku...

 yg tukang memerhati ni pun rasa beku sekali


 last2 dah tak tahan, 


simpan tripod ajak en suami balik


oh ya kat sini ada jual ubi rebus n sosej yg mengiurkan. tp simpan je la hasrat tu


kami cuma buat sijil yg menyatakan pernah sampai ke great wall 30 yuan (RM 15), siap ada gmbr sbg bukti


selain daripada cert sbg cenderahati, ada juga plak yg diukir nama. aku tak buat pun. sbb dah buat cert ni kan.... 

memandangkan aku beli tiket return tuk sliding car, makanya, masa nak turun cari signboard ni


 haaaa tu dia railway dia

siap ada platform lagi



perjalanan masa nak turun lagi best dari naik. sbb masa nak turun lajuuuu... pun begitu tak perlu risau... takde la curam sgt pun. safety tetap di mana2. bagus !



kan dah sampai.jap jer


turun2 ada sesuatu terjadi kepada kami. perkara yg selalu digembar gemburkan di internet. ramai traveller yg kene... dan perkara camni la yg aku nak elak sgt... tp terjadi juga... apa nak buat... nasib tak baik... nak tau apa dia.... sambung next entry.dah byk sgt gambar ni ha...





TIPS KE GREAT WALL :1. my friend told me that last bus depart from deshengmen is around 12.00 pm. tak tau betul ke tak. sbg langkah berjaga2 dan tanak apa2 masalah, pergi la di awal hari... sbb kat great wall nanti pada yg rajin nak mendaki tu kene spend more than 2 hour. kami yg snapping here snapping there pun dok kat 2jam gak....

2. berdasarkan pembacaan aku, kalu ke great wall bulan oktober mmg penuh dgn rakyat jelata utk meraikan hari kebangsaan mereka

3. jgn beli glove /ear muff kat sini.mahal.beli je kat luar


last but not least







7 comments:

  1. Bestnya dik....
    Akak nak tau la, apa lagi satu yg boleh nampak dari angkasa lepas? Hehehhe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu lagi tu kaabah kita rasanya.betul tak ;)

      Delete
  2. Bestnya. Sejuk betul cuaca kat sana yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestu tu mmg best.tp tang sejuk tu tka berapa nak best.sakit

      Delete
  3. Bestnya entry niiii.. cantik semua gambar ekaaaaaaaa.. santek sangatttt!!!

    ReplyDelete
  4. da... santek apanya.snow cap un senget

    ReplyDelete
  5. subhanallah..cantiknya ciptaanMu ya Allah...perh..kalau nak pergi ikut sebijik yg eka ckp kompem x sesat nih..bestnya eka..

    ReplyDelete