Wednesday 20 February 2013

o(╯□╰)o BEIJING PART 6 : king n queen

sambungan dari  BEIJING PART 5 : great wall


masa on da way nak turun utk dptkan bas, kami ada nampak kedai yg tangkap gambar couple guna costume china. aku tak tau costume ni nama apa,kalu korea terkenal dgn hanbok nya.. yg ini???


ok takpe. yg penting bergambar, jumpa satu kedai ni, aku igt tokey dia boleh ckp english, since great wall kan one of tourist attraction,so pegi la kami berdua di situ. kat situ dia tulis gambar saiz sekian2 harganya berapa. so aku pun pilih yg pakej 50 Y tu... siap tunjuk kat 'papan kenyataan' tu. aku point pada harga,pastu dia menggangguk.


ni pengantin lelaki tgh disiapkan oleh pak andam


hahha.. tinggal serkup ni je


sangat cabaran ye bila nak bergambar, sbb pelamin dia kat luar. nak pakai costume ni haruslah kene tanggalkan winter jacket segala.. bayangkan suhu yang -15c or more, sbb kat great wall lagi sejuk tau, disebabkan tiupan angin siberian... mmg superb... sampai ada satu kejadian yg sgt merisaukan aku, en suami krem tgn n kaki dek terlampau beku. terus berlari menyorok bawah meja, sambil peluk tubuh * dgn cara bertinggung sambil tangan dirapat ke dada, sekali tgk cam mangsa rogol pun ada* aku sgt risau.takut anything happen to en suami. masa tu timbul rasa bersalah teramat sangat.sbb semua ini idea gila aku. aku yg ber-iya nak bergambar dgn costume dinasti qing ni... eheheh. lastly tokey kedai suruh kami duduk kat mesin laminate yg panas tu.. baru la rasa heaven :) kalu skang suh aku gi  gesel2 kat mesin laminate tu...tobat aku tak pegi.yg aku peliknya kat sini dah la takde heater, atleast... buatla cam unggun api cam kat nami island tu ke. jd sesekali tourist sejuk leh la bersidai di situ... mmg sejuk gilo la


ok my king dah siap sedia menanti permaisurinya



tara !!! king n queen



benda kat kepala tu merimaskan aku


so pakai snow cap pun jadi lah

last picture


bila dah siap amik gambar, kami pun salin2 baju.. manakala apek sorang ni gi cuci gambar segala.. part ni yg menaikkan darah aku... dia gi cuci ikut suka hati dia, 2 keping gambar dgn pose yg sama, again pose yg SAMA. and he asks me to pay more. aku tunjuk kat pakej yg aku pilih tadi tu, pastu dia ckp, 50 Y tu utk sekeping gambar. ni dia dah cuci 2 keping, aku kene bayar 100. persolannya bila masa aku suh ko cuci 2 keping. pandai o... pastu geng dia mai. geng dia pun ckp benda yg sama. dia dah cuci 2 keping, so aku kene bayar 100 Y (RM 50). masa ni mmg aku ckp kat en suami. kita dah kena ni... hampeh tui. mmg hangin la aku. mula2 aku berkeras, aku ckp aku tak mo amik any gambar from him, tp dia tarik tgn aku suruh bayar 100 Y juga... mmg biadab la kan... disebabkan aku dah maleh nak bertekak + plus tak tahan dgn cuaca sejuk tu, maka aku bg je 100 Y kat dia. sambil berlalu pergi. dgn muka tak puas hati. terus hilang mood nak beli sourvenir kat great wall.

moral of da story, hati2 la dgn tukang gambar. kadang pandai putar belit derang ni. walhal sebelum ke sana, aku sendiri ingatkan en suami. hati2 jangan mcm2.... takut derang amik kesempatan. mmg terkena betul lah...


tips : nak amik gambar bersanding ni dekat QIANANMEN murah, harga 10 yuan je (RM 5) dgn pakej yg sama. masa ni baru aku dgn en suami sedar.rupanya kami kene ketuk kaw2 punya. punya la hangin


masa nak balik, cam biasa



tunggu bas kat tmpt kedai antik ni


bas akan tunggu penuh org dulu. br jalan... selepas 1 jam sampai la di bus stop Deshengmen. oh ya.. satu info di sini. kami balik ikut subway lain tau.tp tak igt jln dah.tiba2 je nmpk Xinjiekou station.. so masuk je lah.

line 4 > Xinjiekou Station > exit A. rasa cam lebih dekat pulak.

4 comments: