Sunday 24 February 2013

o(╯□╰)o BEIJING PART 7 : Niu jie Mosque

sambungan dari part 5 dan 6 juga


kata org tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, kini kami datang utk melaksanakan tuntutan yg satu ini... melihat sendiri sejarah penyebaran Islam ke negara China adalah satu pengalaman yg tak mungkin aku lupa. Baginda sendiri telah mengutuskan sahabat untuk pergi merantau dan menyampaikan dakwah Islam. China adalah salah satu tempat terawal yang menerima kedatangan Islam. orang cina mengenal islam dgn sebutan Yisilan Jiao yang bermaksud 'agama yang murni'. kali ni kami ke Niujie mosque. antara masjid tertua yg berusia beribu2 tahun. camne nak ke Niujie Mosque???




sebelum tu, peringatan awal, jgn ckp aku tak bg tau pulak : dari subway nak ke Niujie Mosque agak jauh. anggaran 3km dgn menggunakan kaki. lebih kurang 15 minit gak la, plus kami yg teraba2 + sesat barat.. biasa lah nama pun tourist. takpe. berjihad utk berjumpa saudara seISLAM di sana... my frend yg duduk di sana ada menyatakan sesetengah umat ISLAM di sana sering di pulau.sob sob...




line 4 > Caishikou station > exit D > kiri > nampak  China Mobile building dan Bank of Beijing > terus je  belah kanan ada Guidu Hotel Beijing yg sgt besar, jumpa Xiang Da International Hotel. sampai la jumpa simpang empat yg bertulis signboard NIU JIE cam gambar di bawah. jgn risau takut sesat ka apa. tunjuk je gmbr di bawah ni, mesti chinese tolong



masuk je jalan Niu jie, (Jalan Sapi, sbb ada jual dgg lembu) dah nampak kedai2 Muslim. ada watson juga



wow.. ramainya. ni kedai makanan, excited bila tgk kalimah suci ALLAH di papan tanda. 



di seberang jalan ada Niujie Muslim Supermarket, dah sampai sini, tak jauh dah dgn masjid. 


tak sampai 5 minit pun, nampak dah MASJID NIUJIE. 



yang menyedihkan di luar masjid ada makcik2 tua yg bertudung minta sederkah.sedih sgt. aku tak dpt nak snap gambar derang. bila teringat kisah kawan aku, mungkin ini lah salah satu contoh org yg tertindas drp beribu-ribu umat Islam di sana... kasihannya saudaraku. walaupun tak byk mana yg aku sumbangkan aku harap dpt la meringan kan beban mereka. dan aku harap makcik2 ni betul org yg dimaksudkan, sbb ada yg ckp kadang2 derang berlakon jer... yg itu aku takmo fikir.janji aku ikhlas nak tolong saudara2 aku. kalu makcik tu tipu, itu urusan dia dgn ALLAH.


 di hadapan Niujie Mosque


sepatah apa aku tak paham, melainkan tulisan jawi yg tulis al-fajar, zohor,asar, maghrib dan isya'


ni waktu solat 22 dec 2012... subuh lewat kan? cer tgk gap masa asar-maghrib 55 minit je... ye siang mereka pendek waktu winter... kul 5 dah nak mlm :) ok la, tkade la aku merayap nak shopping waktu mlm. actually kat pintu masuk ni ada notis TICKET FOR VISIT. aku tunggu gak a person in chagre yg collect ticket, tp sampai sudak non-ado nya. so menong je masuk. diingatkan, semasa masuk ke perkarangan masjid, anda harus menjaga penampilan muslimin dan muslimat seperti  berpakaian 'senonoh'


 sebelum ke ruangan solat mesti melalui ini dulu


apa yg aku perasan hanya ada sebuah kereta, kereta tok siak barangkali


jalan lagi, nampak ini. katanya menara ini la digunakan utk memanggil umat Islam bersolat


dan juga tmpt melihat ank bulan ketika bulan puasa aku jatuh chenta dgn seni ukirnya 


'la ila hailallah muhamaddarasulullah' di North stele pavilion - di sini la tmpt azan dilaungkan



Masjid Niujie adalah masjid terbesar dan tertua di Beijing. di bina pada tahun 996 (pemerintahan Dinasti Liao) dan di renovate pada tahun 1622-1722 di bawah Maharaja Qing. Pembinaan masjid ini membuktikan China antara penyebaran Islam yg terawal... Majoriti umat Islam di beijing tinggal di daerah ini. jadi ramai la saudara kita di sini. keluasan masjid ini kira2 6000 meter persegi. Masjid yg berusia beribi ribu tahun ini di bina dari kayu balak




unsur keCHINAan tetap ada di sana sini, warna merah + emas mmg tak boleh dipisahkan


tp hiasan dalaman digabung dgn ciri ciri keISLAMan


ini.. ruangan solat wanita


ada kerusi.meja, mungkin tmpt utk belajar tajwid



AL QURAN dalam bahasa cina



dan ini ruangan solat lelaki, bangunan lain tak sama dgn muslimat. jelas kelihatan mimbar di sebelah kiri

dan ruangan mihrab cukup membuktian yg seni bina masjid ini adalah gabungan Arab + China

di kiri dan kanan terdapat meja dan kerusi khas utk warga emas bersolat. ada yang sedang membaca kitab

ada yg buat perbincangan agama. amik gmbr pun dari jauh, takut kene marah :)


antara hiasan di dinding 'Sesungguhnya ALLAH menyukai orang2 yang bertawakal' kata2 motivasi

see the roof.


ukiran patung merupakan tradisi turun temurun, disebabkan ISLAM melarangnya, maka mereka membutakan mata2 patung tersebut. lihat saja senibina di bumbung yg menggabungkan elemen Arab-China sangat mengujakan. Bukan sahaja di bumbung, di pasu2 juga terdapat tulisan cina dan jawi. Di dalam masjid ini juga terdapat taman kecil dan dua makam syekh. dipercayai makam tersebut pemilik imam yg terawal di masjid ini. Non-Muslim tidak dibenarkan masuk ke ruangan solat. setelah menunaikan solat, kami pun keluar menjelalajah ke kawaswan Niujie. ke mana??? mula2 isi perut dulu.. kami gi kedai yg ramai org beratur tadi tuh. tp masuk2 takde org layan, kami keluar balik. gi kedai yg satu lg....tak igt apa tajuk kedainya.yg penting halalan toyyiba.. :) ada kalimah suci ALLAH di depan kedai.so terjah je la


 tengok lampu dia. lawooo


derang main order dlm tefon je.canggih sungguh




 jemput makan...


oh sila jgn terpedaya dgn gambar. menggigil gigil aku pegang chopstik tuh.entah apa yg tak kena, tak pandai pulak makan dgn chopstik...tension oi... perut tgh lapar. sekali mkn tak reti pulak.aku mkn dgn tgn. sume org tgk.nyampah... tuh la. smlm gelakkan en suami lagi bila ayam dia terbang dari mangkuk. hari ni.. rasaiin... yg buat aku tambah tension bila en suami pulak berjaya mkn dgn chopstick.tak abes2 la dia kutuk kan aku... ceh.. takpe takpe...


kat china je yg dpt mkn nasi dlm mangkuk



ni antara main menu kami... aku bg 5 bintang. makanan berasaskan taucu.sedap sgt2


dan ini 4 bintang, sbb manis sgt... tak silap aku tu isi ikan salmon.lupa dah


dah abes makan, sempat lagi study ittinerary utk esk.. sgt traveler kan



cost termasuk dgn air adalah rmb 100 yuan (RM 50). mula2 risau juga, takut mahal sbb tmpt ni nampak cam  bertaraf hotel. nasib la murah. lepas perut kenyang, baru la bersemangat nak shopping. saja je gi Niujie Muslim Supermarket. tak la besar mana. ala2 tesco juga...ada jual bahan basah dan bahan kering. eheheh.. apa yang ada kat sana.meh tgk meh..


tuh aku agak bawang putih yg dijeruk kan...euwww

 ni ko jgn tanya nate gapo... aku pun tak tau...


ni pun aku tak tau.tp byk sgt. nampak cam gula2 jer


ops.. kawasan larangan. ompompuan je leh lalu


dan ini pula jajan derang, salut dgn honey. byk sgt, sana sini ada. cam pisang goreng kat mesia la


aku beli la juga, konon nak try. sebatang tu 3 yuan ke berapa tah, tak igt. tp bila mkn... mmg 'cannot go' la... erkkk... pas dah tawaf 2-3 kali kat sini... kami pun pulang.hasil dapatan adalah berbungkus2 green tea.. en suami la hantu green tea... aku tak suka... habis kat 86 yuan juga di sepermarket ni... ehhehe



7 comments:

  1. bestnyer lahai...jeles kite tawww....hukhukhk

    ReplyDelete
  2. huisyyy tangkas nory.baru berapa minit je eka post entry... dah mengomen... syabas... ni mesti tgh blogwalking kan. ala jgn la camtu.. nory pun kalu nak pegi boleh je kan. eka ni sbb berkesempatan plus dgn keizinnanNYA juga la :) alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. bestnya....dah lama teringin nak pergi masjid2 yg berkurun lama kat china..penuh sejarah ttg islam kat sana kan...untung eka dpt peluang tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah anna, diberi peluang untuk melihat peradaban Islam di sana. bersyukur sangat2 dengan rezeki ALLAH utk eka ke sana.

      Delete
  4. bestnya yang buah tu salut honey ke gula?? dulu kat midvalley ni ade jugak buah-buah salut ngan gula tapi rasa nya sangat sedap.. skang ni dah takde :(

    ReplyDelete
  5. eka......... rindu eka......... rindu cerita beijing...................... hehehhehe

    ReplyDelete
  6. setiap kali eka update pasal beijing, setiap kali tu la sue pasang angan2 nak smpai sna..huuuuu

    ReplyDelete