pertama dalam hidup aku
arini hari bersejarah aku menangis di sekolah !___!
dek tekanan yg teramat sangat
semuanya nak dalam kadar segera dalam masa yg sgt singkat.bayangkan sekolah sekerat hari, kalu full day dok kat skolah aku ok je... ni bila sesi petang bermula,cikgu2 pagi kene la keluar... sbb tmpt adalah berkongsi...1 meja dua org... so terkejar2 bt keje sblm loceng bunyik.
pukul 11.15 masa nak masuk kelas mengajar, (yg ni, ok fine...tugas hakiki seorang guru, aku tak kisah langsung. sbb mmg tggjwb aku) tetiba aku dipanggil pk ko Q utk agihkan senarai semak pada guru2 lain. kene bt memo segala, then pass pada cecikgu ( ni tggjwb sbg penasihat KO-Q ) senarai semak ni mesti ditagih sebelum balik actually, maksudnya arini juga la (balik adalah 12.25) see, masa ada dalam sejam gitu je 11.15-12.25. atlast guru2 tak sempat antar pun...ye la... masa tu kan kelas. lantak padan muka sapa suh nak cepat2... mcm la cikgu2 ni takde keje lain ... pastu en somi pulak panggil, dpt call dari ppd minta aku kumpulkan borang kompetensi dan hantar arini juga
pastu baru teringat nak kena list down murid cicir (ni tugas guru kelas pulak, nak kene cari manually dalam buku tebal tu) dan diberikan pada pk hem.... masa tu mmg aku menangis la kat en somi...tak tahan la semua nak urgent2. dalam masa 1 jam laju2 bt memo, terpaksa kulu kilir cari 16 org guru kelas di serata ceruk, sbb sesi pnp sedang dijalankan... haruslah derang dalam kelas... pastu terpaksa rushing, siapkan barang yg ppd nak pulak.
nasib en somi free time tu... dia la yg tolong aku wat memo sume tu.. syukran dpt suami yg memahami... tp mmg tension la... bila semua nak scr mendadak... wahai org atasan, kesiankanlah ank didik aku yg dahagakan ilmu di kelas nun, cuba lah kita di tempat mereka yang sentiasa menunggu cikgunya di muka pintu ... hilang semangat nak belajar derang. jgn la bt macam ni. aku dah janji nak bawa masuk makmal, n ajar topik baru harini, end up dgn menyalin nota. sian derang. aku tak salahkan pk n gb di sekolah aku, sbb aku tau derang pun diasak oleh pihak atasan. bt pengetahuan perkara seumpama ini selalu berlaku dalam profesion perguruan... harini bagi arahan, harini juga nak... seriusly, kerja pentadbiran terlampau byk berbanding tugas yg sepatutnya. cubalah kita selak buku masa kat maktab dan kaji balik matlamat yg perlu kita kecapi... skang ni aku rasa macam berada di luar landasan dah... masa yg diperuntukan terpaksa di bahagi dgn kerja2 pengurusan yg melampau... lebih kpd tugas pengkeranian... walhal tugas utama kita adalah mendidik, sepatutnya waktu free yg ada dipenuhi dgn peneguhan atau perjumpaan secara individu dgn murid2 yang lemah... bukan dgn membuat perkara2 yang.... errrr ... malas aku nak ckp...
aku takde hak nak ckp lebih2 hal ni, tp berdasarkan pengalaman senior aku ni thn ni pencen la dia... dia sendiri akui, guru zaman moden lebih byk cabarannya... a lot of paper works need to do... zaman dulu2 takde semua tu...tayah nak key in 2-3 kali... tp lahir juga cendiakawan dan golongan bijak pandai... pastu dia tanya aku, tau tak kenapa budak2 dulu lebih berkualiti dari zaman skang, sbb cikgu byk spend time dgn ank murid... apa2 yg derang tak phm terus tanya directly
kadang2 masuk kelas terpaksa buat hal2 management... sampai akhir kelas pun aku tak sempat nak ngajar derang, esok wajib minta maaf dgn derang sbb aku dah curi masa derang dgn bt benda lain... aku takt sgt dgn amanh yg diberikan. oh tggjawab seorang guru sgt berat. kerana akan disoal di akhirat kelak.... takmo aku nanti murid2 menuntut hak dia diakhirat nanti.. actually semalam lagi aku dah jumpa pk, aku nak letak jawatan salah satu di bawah ni. ni tugas utama je yg aku list kan, ada byk lagi tugas2 kecil lain. tp gagal, rayuan anda ditolak,
=ketua panitia
=guru kelas
=guru tahun 6
=su LDP
=penasihat ko Q
cer tgk. tak ke gila kuasa namanya...sume aku bolot habis.sapu bersih... padahal ada je org lain...ada 91 org cikgu di sekolah aku kenapa tidak di bahagi sama rata... aku pun manusia biasa, ada 24 jam sehari. aku perlukan ruang utk mendidik ank muridku... menyemak buku mereka... n paling penting, bagi aku jumpa murid secara individu... ada sesetengah murid tak dapat nak cocentrate bila belajar ramai2... jadi tu yg aku nak fokuskan bila free...tp masa free aku dicuri dgn kerja pengkeranian, budak2 ni la yg menjadi mangsa... berdosanya aku! aku penah kerja di private sector bukan bidang education la... tipu la kalu aku ckp takde tekanan langsung... tp sekurang2nya, bila balik rumah... aku tak fikir hal2 kerja lagi... tp skang ni balik umah je buat keje2 pengkeranian. patutnya waktu ni aku bt abm ke, semak buku budak ke, bt latihan ke... :(
actually aku tak la kisah sgt sbb mana2 tmpt keje pun mmg ada istilah 'last minute' tp agak2 la... dlm masa sejam nak kene siapkan semua... (dahla tempoh kerja kami pendek sbb tu aku tak kisah pun kalu cikgu kene balik kul 4, spy leh siapkan semua keje, tp tolong siapkan kami 1 tmpt duduk, tak kisah la kalu takde ekon pun... atleast ada meja n kerusi sendiri...susah tau nak share2 bila ada 2 sesi persekolahan) kalu ada 1 je sesi persekolahan takpe... ni tmpt duduk kene berkongsi... guananya nak wat keje. cikgu tu pun nak duduk juga, dgn fail mak nenek semua diangkutnya...
kesiannya awak eka...mmg susah jadik cikgu zaman skrg ni. nenek sy sibuk suru isi borang apply cikgu, xtau napa berat hati sgt nk buat. hehe. mungkin sbb sy kesian tgk mak sy (cikgu) yg keja lg teruk drpd sy yg pnah keja kt opis.
ReplyDeletebersabarlah ye eka. nnt eka explain ngn anak murid eka. dorg suma kn sayang eka. mst dorg paham.
eka jgn sedih2 lg tau. kalu sedih pelok en somi kuat2 ;)
tu la... rindu nak mengajar ank didik. nak bt abm semua....betul tunny tayah la appy.eka pun bila sepupu spapat tanya eka tak bg derang mitak jadi cikgu
DeleteEka, memana keja pun sama sebenarnya.. nak menda last minit tu mmg biasa. sgt sgt biasa. mungkin bagi Eka, utk kami yg mmg bidang office ni takde la apa sgt itu keja kami. Tkde mengajar ke apa ke. Tp ttp gak la stress. Report tu mmg sentiasa la nak cpt..nk cpt.. dulu akak pun salu rasa cam Eka rasa, tp da ada assistant ni lega sket la.
ReplyDeleteTp tu lah... tu seme mengajar kita, byk pengalaman kita dpt.
Apa pun, akak mmg kesian pada cikgu skang ni. Harap Eka dpt jalankan tugas dgn baik
mmg pun.tu eka ckp...selagi kita keje dgn org. mmg camni la...kalu takmo tekanan keje sendiri...
ReplyDeletelain tau kekda... dulu sblm jadi cikgu, eka pun bhg management.. tp masa yg ada tu pjg.dari pukul 9 sampai 5... so dlm last minit2 pun, ada byk masa nak kejar... ni, kita dgn nak mengajarnya, nak bt pengurusannya.. tak sempat la... japgi kul 12.25 cikgu sesi ptg dah nak masuk... tmpt lak berkongsi guana nak bt kejenya..
syukur la Eka guru yg baik!
ReplyDeleteharap2 begitu lah sampai akhir hayat...semoga niat nak mengajar ank bangsa tak pernah luntur dimamah usia.ehhh?
ReplyDeleteHakikt nya cekgu skrg terbeban dgn bebanan tugas yg diluar tugasan mengajar...huhu cian eka sabar k :-) naseb baek incek suami 1 sekolah leh gak tlg....hihihihi kalau kite kne wat keje pening2 klamkabut ni mau sok mc hahaha
ReplyDeleteChaiyookk Eka.. Eka cekgu yang tabah!! =)
ReplyDeletesabar ye eka.. tugas cikgu memang camtu.. suami kte cikgu memang kerja berkoyan2.. anggap tu semua pengalaman ye. think +ve :)
ReplyDeletelama x singgah blog eka.. br perasan da tukaq gmbr atas nun. comei!
betul tu eka..nana pon same, suke sgt mengajar kids tu tp bile part pentadbiran ni..ish2..memang pening!
ReplyDeletesetuju dengan eka... sama la dengan pengalaman saya sebagai guru, lebih banyak kerja2 berkaitan pengkeranian daripada buat kerja hakiki iaitu mendidik pelajar-pelajar..kesian kat student lagi2 yang nak amik exam besar, bila terlalu banyak kerja bukan hakiki kene buat tugas hakiki terabai...hanya orang yang menghadapinya saja paham..
ReplyDelete