Friday, 17 February 2012

untungnya saya !!!

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
 

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
 

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
 

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
 

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
 

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
 

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
 

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...



rasa cam nak print dan framekan benda alah ni...aku ni kadang2 ngelat gak... specially yg no.1 tu. mmg aku amalkan tetiap hari... sbb tgk mama layan abh camtu. tp bila byk keje ,seriusly tak terjaga dah housemate tu...honestly, en suami ni senang bela, tak byk bunyi... apa2 aku buat mesti dia ckp 'dap dap' (sedap la tu maksudnya) tak penah nak ckp tak sedap ke apa. tu yg susah. aku taleh nak improve skill aku. cthnya... aku ni manusia yg tak mkn caffein, nescafe ke kopi ke,teh sekalipun aku tak suka...cam pening je bau dia...tp sejak akhir2ni en somi suka kopi pulak... aku ni, dah tak mkn aku tak tau la canne rasanya, boleh tak reti bt. siap mitak resepi kat mama...canne nak bt air kopi. dia tepengaruh masa balik kg retu la...abh mmg suka kopi, jd bila mama buatkan kat abh, abh bg sket kan menantunya..terus suka...jenuh abh pos kopi pulak...haisyyyy menantu dgn pak mertua sama je





eh ni nak cite pasal kopi ke tggjawab isteri..confuse pulak...eheheh... oke oke..back to the topic...secara jujurnya... byk lagi yg harus diperbaiki bab2 pengurusan rumahtangga. kadang2 aku terlampau leka dgn dunia cyber. patutnya minimum kan masa main2 tenet + fb + blog segala... ni skang aku dok kalut nak berphotobook. baju kadang2 tak berlipat. bila dah tinggi bak gunung everest baru gigihkan diri nak melipat.pasni nak utamakan keje umah dulu baru nak on lappy.undang2 ni nak kuatkuasa bila ni...hari ni taleh dah...celik2 je mata, dah on lappy...sbb en somi takde, kene turun sekolah ada KBS (kem bistari solat) . wah jadi pak ustaz la pulaknya

 

4 comments:

  1. betul tu eka.. fara kalu dah dpn internet berjam2 xsedar! meh sesama kita jadi isteri yg lebih baik utk somi kita :)

    ReplyDelete
  2. same jugak dgn nana!! kadang kalau dah start bukak laptop ni..cam takleh stop..isy memang kena berubah kan kite ni..tp nanti lame tak update blog ade org jerit kat wall plak..eh.hehe ;p

    ReplyDelete
  3. Buat je, kalo rase itu tanggungjawab kita, kalo dia suh kite kene la bertanggungjawab, kalo x sempat, suami faham xpe, malah dia bantu kite, Alhamdulillah... Cuba lengkap kan hidup dengan ade nya zuriat... InsyaAllah... Usah lebih n terus tanpa kenal jemu..

    ReplyDelete