Wednesday, 8 February 2012

WINTER SONATA 12 : NAMDAEMUN

ok2 jom kita sambung episod winter sonata yang kian tertunggak.aku dah kata dah... silap2 entry ni tak berkesudahan...


sambungan dari winter sonata 11... balik je dari pusat ski, kami terus ke...? ke mana lagi kalau bukan ke 'syurga wanita' tmpt letaknya brooch korea, iaitu namdaemun... org korea panggil 'brocher' . kawan aku ckp tmpt ni mmg didirikan utk org mesia semata2.. tak tau la samada fakta atau bahan lawakan... tp logiknya ada, org korea mana pakai brooch segala. hmmm susah sket nak cari tmpt ni sbb dia tak jual tepi2 jalan...dia jual dlm bangunan... yg penuh + crowded dgn brooch.... rambang mata dibuatnya... tp ada yg ckp kat jewel park pun ada, bersebelahan dgn gate 5... hmmm kalau la aku kaya leh bawa balik mesia, bt jual... eh ada hati tu


tempatnya agak tersorok ye, so cari blok E-DONG DOKKEBI IMPORTED GOOD MALL, tingkat 1


eh sebelum tu lupa pulak nak ckp, guananya nak ke namdaemun... line 4 > hoehyeon station > exit 5 > belok kanan > terus je, pastu belok kiri > nampak zebra crossing > lintas jalan > jalan arah ke kanan > sampai lorong kecil belok kiri > kanan ada 7E > jln terus > pastu, jumpa !!! actually tak jauh mana pun dari exit ni, adala dlm 200m


tips : kalu bole g awal pagi. kedai di namdaemun ni byk tutup di ari ahad taw...

ni la perjalanan nak ke namdaemun


kiri kanan jual makanan. sotong kurita ke apa tu

ni apa ea..any idea? skali tgk cam ulat mulong sarawak, tp en somi kata, lipas kot takpun siput

sila jgn lupa beli ni...halalan toyaiba


sumpah sedap.menyesal beli satu jer, bwh tu cam kaya ball , ats tu telur.cant imagine...sgt sedap


gambar ats ni mmg nampak sgt keselekehan aku...dgn rambut keluar nya... ye dlm bas asyik tido... tak cara dah tudung ni. dalam 5-10 minit berjalan sampai la ke namdaemun, pekan yg penuh dgn kesibukan... marah betul aku...dah la padat dgn org ramai.time tu juga la kan lori, van nak masuk load barang...


sibuk macam pasar pagi je aku tgk



namdaemun ni mostly di conquer oleh geng2 veteren


berambut kerinting..kira stylo la utk golongan mereka


kan.... cer kira bape byk kepala di ats ni berambut pendek + kerinting... setuju tak dgn entry/statement aku mula2 dulu...itu lah kenyataannya... kebanyakan ahjuma ( makcik) rambut pendek & krinting. susah nak jumpa  rambut lurus. mitos di sebalik rambut kelinting adalah takmo nampak botakchin.betul ke? ngeee... hanya mereka sahaja yg tahu. selain daripada tmpt jual brooch, namdaemun ni menjual baju secara wholesaler... mcm2 la ada..mcm mana pasar malam kat mesia mcm tu la kat namdaemun... dari makanan,stokin, seluar, baju, topi...eh macam2 la... i dont want to say much.  let the picture talk betapa havocnya di sana 

 hanbok comel

aku cari mafla actually, sbb sejuk tak tahan, walaupun dah berlapis baju kat dalam


ni poskad ke hape tah, rambang mata. rasa cam nak beli semua bila tingat kat kwn2


harga sourvenier kat sini tak semurah di dongdaemun


terpaksa beli stokin, lapisan yg ke 3...cer imagine canne sejuknya



ada ramai sgt yg main alat2 muzik ni


si kembar yg terlentok... cumel tgk korean pakai baju sejuk, mcm penguin


dalam dok berjalan tu, cari barang2 yang berkenan di hati, tetiba dengar ada satu suara ckp b.melayu.... hey org malaysia, apa khabar?? mari sini... wah terus aku terpegun dan mencari2 dari mana datangnya suara itu... pastu nampak satu watak yg serba putih ni melambai lambai... kemain petah ko bercakap ye


comel kan ajushi ni, siap bt show yg menghiburkan cara nak serve makanan di raja


 actually benda ni dari tepung + honey je


 tp canne dia uli + lenyek2 + lipat + tarik pula tepung tu sbyk 14 kali terus jadi cam rambut.magic!


dlm tu leh pilih nak inti apa, ada nut, chocolate, green tea, stoberi


nama makanan ni adalah, kkul tarea iaitu sejenis makanan tradisi korea.  aku beli la 3-4 kotak wat org kampung rasa. hak aloh bunyi cam ramai je kan..takde la bg kat jiran tetangga + atuk + nenek + mak sedara je. tak igt baper hingit ... tp kalu tak silap 3 kotak utk 15000 (RM 45) . nak tau detail kat sini



lepas beli kkul tarae,  kami teruskan lagi perjalanan ke mall


korean kids..skali tgk cam muka aku eh perasan, ye masa kecik dulu... mulut kecik, sbb pipi bam2 sgt


dah sampai... shimsegae.. setanding dgn mall2 besar di mesia


terdapat byk branded item di sini, tp takut nak tgk harganya...huhuuh.. niat hati nak masuk sini nak cari 'tmpt' solat semata2... tp jgn harap nak ada surau kan.. insyallah takde... kat borneo ni pun dalam mall susah benar nak cari surau apatah lagi kat sana... so guana nak tunaikan kewajipan yang satu ni... terpaksa la cari rest room... bila sampai di sana, penuh dgn korean dok mekap bagai adeh....biasalah derang ni kan obses dgn kecantikan. dugaan betul nak cari tmpt solat pun. nak buat camne kan tuntutan agama harus dilaksanakan, sbb tak lama lagi dah nak masuk maghrib. so buat muka ketat, amik air semayang. dah la toilet derang ni takde pancor, so belakon la wat2 nak cuci/lap2 muka... part ni la paling tragis. kene maki dgn sorang ahjumma @ cleaner ni... sabar je la..derang ni pantang kita kecah2kan air kat toilet...toilet derang mmg tip top...bersih amat... ok, itu mmg aku puji... ( bukan saja korea, kat hong kong n china pun aku rasa) takde air setitik pong... berbalik pada cerita tragik kene marah dgn makcik rambut ketak tadi...dalam dok hati2 tu... menitik juga air semayang aku ke lantai... just imagine la kan. camne nak amik wudhu... bila takde pancor, dari tgn ke telinga sume ok...part nak basah kan kaki ku amik tisu.then dap dap kan ke kaki...sekali menitik la air tu ke lantai...nak letak kaki ke sinki tak sampai. pendek la katakan...naknya sume korean dok pandang...apa la budak ni bt mandi ke hape... baru je aku menapak bape langkah dari sinki, terus kene sound...aku pun lap balik sambil wat muka tak bersalah. sabar je la.tu baru part amik wudhu.. ni cari tmpt nak solat pulak... aku solat je dicelah2 korean dok mekap tu. lantak pi la... aku tak pakai telekung smyg pun. kang aku jadi 'model' kat korean tu pulak... tp untung taw g korea musim sejuk, serius tayah pakai kain semayang dah, baju yg sedia ada mmg dah cukup tertutup... amik mafla lapik bt sejadah, lapik bhg nak sujud je...pastu turn en suami lak nak solat...aduhaiii... terpaksa solat depan lift tu ha...aku pun cover2 la juga, setiap kali korean kuar masuk lift,derang pandang semacam je... pelik gamaknya tgk en som. hhhaha...


 bila jadi camni, dlm hati aku berkata, untungnya malaysia sana sini surau, tak perlu risau nak solat.


setle bab solat, skang baru tenang hati nak makan kan...soo gi la cari kedai makan pulak. oh jgn tanya di mana halal food kat namdaemun ni.aku hanya ikut jejak langkah leha je... sumpah tak tau... dan tak igt jalannya...ini je yg boleh aku kongsikan


agak2 nampak kedai camni masuk je la


masa ni dah pukul 4 lebih... rasa cam nak maghrib dah... sejuk + windy.. mmg tak tahan...asyik nak dok dalam buildings/kedai je... sbb di situ ada heater...weee



 makanan yg dihidang seme dalam bekas besi... kimchi dan air kosong adalah percuma...boleh refill

ber chopstick segala... haruslah kan kalu tak, tak dpt la gelaran negara chopstick. aku tak pandai ok..

yang ni sgt yummy... cam cucur udang pun ada tp ada seaweed dlm tu


haaaaa tgk tu... teleng2 temgkuk menikmati korean food


lepas je tangki penuh, mood nak shopping pun datang. masa ni dah pukul 5.30... lampu pun dah nyala


cer tgk mulut aku muncung tirus tu mesti marah sbb tak dpt tawar kot

pusing punya pusing dpt lah hasil...beli baju 'i love korea' 12 helai... 40000 won ( RM 120) oh ya tips... jgn tertipu ye...baju2 di sini ada yg made in china juga...kualiti kain dia kurang sket... so berhati2. lama gila kitorang kat sini...sbb dok sibuk pilih baju... yg ni kat pakngah, tu kat maksu... ni kat abah... huhuhu... dah la size setiap individu derang berbeza2...kang tak muat rugi jer... pastu tgk jam dah lewat sgt... kul 6 lebih sudah...terus laju2 gerak ke myeongdong.... bersambung yer... :)


7 comments:

  1. Bestnya.. Ida pun kalau g mana mana dok cari Tshrt buat kenangan... heheheh

    ReplyDelete
  2. wah akhirnya ke korea juga dia ye ;)
    menarik baca pengalaman eka kat sana

    ReplyDelete
  3. comelnya hanbok untuk kanak-kanak tu..eKa beli tak hanbok comel tu..?

    ReplyDelete
  4. ako : a'a.......... ke korea juga akhirnya

    lina : eka beli satu bt perhiasan.cute sgt

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dik, wah! Seronok baca blog pengembaraan winter sonata malaysia ni, ni tak abis baca lgi sbb bru trjumpa blog ni mlm tdi. Oh ya, Selamat Ulangtahun Ke2 Perkahwinan semoga berkekalan bahagia hingga ke Jannah!
    Ni nak tnya ckit, adik guna tour guide student malaysia ka? Nak tumpamg semangkuk tour guide adik tu, sbb kak rancang nak pegi april ni, pakej melancung yg dah disusun dri tanah borneo ni, tpi tngok pd aturcara lawatan mcm ada tmpt yg tak suka nak pegi. Bleh tak rekomen kak tour guide ni. Anak bongsu kak dah mengigau2 siang mlm psl korea ni

    ReplyDelete
  6. akak terai contact fb adik ni k .dia org mesia, tp study sana. http://www.facebook.com/jericle.sy rasa kalu g pakej mahal sket kot...kalu dgn adik ni murah sket. ikut hari.tp leh negotiate dgn dia


    time kasih doakan saya

    ReplyDelete
  7. TERIMA KASIH juga kerana sudi balas komen (pertnyaan kak sebenarnya..tntng tour guide tu), klau ada, nnti kak tnya lgi yer..
    Akak seronok baca blog adik, teruskan ya..

    ReplyDelete