seriusly, masa aku tgk berita tadi
sedih + malu + marah semua ada
sedih bila tgk org kita sendiri yg menyebabkan kekecohan ni berlaku
sedih sbb ramai yg tercedera, luka sana luka sini
malu pada negara lain, di mata mereka, kita negara yg aman, tiba2.... apa pandangan pelancong yg berada di situ?
malu dgn sikap mereke yg terkinja2 menjerit, seolah2 hero di medan perang, yg muda pun sama naik, entah tau ke tidak, silap2 main nak ikut org je tu...
marah sbb mereka2 ini memburukkan nama baik malaysia
marah bila negara luar mula memandang rendah pada malaysia, silap2 ada yg buat 'teouk tangan' bila negara kita jadi macam ni
aku buka fb BERSIH tadi, derang kata 'the police is terrorist' bertindak ganas and bla bla bla. padahal, kalu ko just jalan2 kat situ, ada polis nak cekup korang... ko gi rempuh pagar tu apasal... ikut je la ckp polis, dah polis tak bagi rempuh ko duduk la dendiam2 kat situ..igt senag ke nak kawal beribu manusia dlm masa yg sama... polis tanak ko rempuh tu mesti ada sebab musabab nya, sama gak aku sbg guru, suruh murid2 beratur masa nak turun ke kantin. terpaksa berpanas beratur panjang berjela , apa sebabnya, spy murid2 tak tolak menolak, kang terjatuh tangga, sapa susah...ehhh masuk bab lain dah ni... ok, aku yakin kalu ko sbg polis waktu tu, ko pun akan bertindak seperti itu. polis hanya bekerja mengikut arahan, dia nak pastikan sumenya berjalan lancar. pada mula nya dia pun tak mau adegan tolak menolak, sembur menyembur ni. ok bunyik cam aku ni berat sebelah dgn menyebelahi pihak polis. tadak maknanya, dlm ahli keluarga, atau keturunan aku takde yg keje polis pun. tp bila pikir logik balik, sesiapa pun mesti komited dgn keje nya. polis diamanahkan utk menjaga keamanan negara... dia tak nak sesuatu yg berlaku, yg dirasakan bahaya utk org awam.. actually ramai je kawan2 aku yg join benda alah ni.. dan kebanyakkannya adalah... yang anti kerajaan... tp bila derang tgk ada yg tak betul dalam bersih ni, derang just walk around... derang yg berada di situ mmg nampak pemimpin PR bg syarat utk rempuh masuk. kata nak buat perjumpaan dgn aman, tp kenapa lain jadinya... ramai juga blogger2 lain yg share experience rasa kesal dgn BERSIH ni
boleh tak sebelum apa2, kita reflek balik diri kita, kita tgk salah satu tuntutan BERSIH. kita tak mau corruption sana sini kan, tapi, tapi, tapi.......
Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz?
Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ?
Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ?
Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus?
Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?
di tempat keje pulak,
Berapa ramaikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja.
Berapa ramaikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'.
Berapa ramaikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran.
Berapa ramaikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station.
Berapa ramaikah rakyat yang menggunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi.
camne pulak dgn tanggung jawab setiap individu
Berapa ramaikah mendidik anak dengan didikan islam
Berapa ramaikah menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
Berapa ramaikah yang membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
Berapa ramai menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam
renung2 kan amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah. Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam dalam negara?
Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)