Monday 30 April 2012

B3rSiH

selama ni aku sbg pemerhati je... aku tak suka dan tak pandai ckp bab2ni... tp bila aku tgk kat tivi + blog asyik citer pasal bersih aku jadi muak...  jadi izinkan aku meluahkan apa yg terpendam di hati... dan jgn ada yg terasa


seriusly, masa aku tgk berita tadi
sedih + malu + marah semua ada

sedih bila tgk org kita sendiri yg menyebabkan kekecohan ni berlaku
sedih sbb ramai yg tercedera, luka sana luka sini

malu pada negara lain, di mata mereka, kita negara yg aman, tiba2.... apa pandangan pelancong yg berada di situ?
malu dgn sikap mereke yg terkinja2 menjerit, seolah2 hero di medan perang, yg muda pun sama naik, entah tau ke tidak, silap2 main nak ikut org je tu...

marah sbb  mereka2 ini memburukkan nama baik malaysia
marah bila negara luar mula memandang rendah pada malaysia, silap2 ada yg buat 'teouk tangan' bila negara kita jadi macam ni


aku buka fb BERSIH tadi, derang kata 'the police is terrorist' bertindak ganas and bla bla bla. padahal, kalu ko just jalan2 kat situ, ada polis nak cekup korang... ko gi rempuh pagar tu apasal... ikut je la ckp polis, dah polis tak bagi rempuh ko duduk la dendiam2 kat situ..igt senag ke nak kawal beribu manusia dlm masa yg sama... polis tanak ko rempuh tu mesti ada sebab musabab nya, sama gak aku sbg guru, suruh murid2 beratur masa nak turun ke kantin. terpaksa berpanas beratur panjang berjela , apa sebabnya, spy murid2 tak tolak menolak, kang terjatuh tangga, sapa susah...ehhh masuk bab lain dah ni... ok, aku yakin kalu ko sbg polis waktu tu, ko pun akan bertindak seperti itu. polis hanya bekerja mengikut arahan, dia nak pastikan sumenya berjalan lancar. pada mula nya dia pun tak mau adegan tolak menolak, sembur menyembur ni. ok bunyik cam aku ni  berat sebelah dgn menyebelahi pihak polis. tadak maknanya, dlm ahli keluarga, atau keturunan aku takde yg keje polis pun. tp bila pikir logik balik, sesiapa pun mesti komited dgn keje nya. polis diamanahkan utk menjaga keamanan negara... dia tak nak sesuatu yg berlaku, yg dirasakan bahaya utk org awam.. actually ramai je kawan2 aku yg join benda alah ni.. dan kebanyakkannya adalah... yang anti kerajaan... tp bila derang tgk ada yg tak betul dalam bersih ni, derang just walk around... derang yg berada di situ mmg nampak pemimpin PR bg syarat utk rempuh masuk. kata nak buat perjumpaan dgn aman, tp kenapa lain jadinya... ramai juga blogger2 lain yg share experience rasa kesal dgn BERSIH ni


boleh tak sebelum apa2, kita reflek balik diri kita, kita tgk salah satu tuntutan BERSIH. kita tak mau corruption sana sini kan, tapi, tapi, tapi.......


Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? 
Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? 
Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? 
Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? 
Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?
 

di tempat keje pulak,

Berapa ramaikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. 
Berapa ramaikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. 
Berapa ramaikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. 
Berapa ramaikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. 
Berapa ramaikah rakyat yang menggunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. 

camne pulak dgn tanggung jawab setiap individu


Berapa ramaikah mendidik anak dengan didikan islam
Berapa ramaikah menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
Berapa ramaikah yang membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
Berapa ramai menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam







renung2 kan amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah. Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam dalam negara?


Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)
  
kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat. moral of the story, ubah lah sikap kita dahulu, sblm nak protes je kejenya. aku tak nafikan badan2 cenggini mmg patut ada dalam sesebuah negara, tp bukan dgn cara melibatkan perhimpunan yang membahayakan orang awam... again, jgn salahkan polis... mereka hanya menjalankan tugas.kalu ko tak melawan derang takkan bertindak begitu... sbb aku tgk takde pun polis nak tala gas pemedih mata kalu ko jalan2 kat situ, tak de pulak polis2 ni gi serang pelancong asing kat situ...

11 comments:

  1. Bila cikgu dah berbicara.. heee~ Ida malas nak campur bersih bersih ni.. huhuhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. eka pun, mula tu malas gak campur..t.p sume org dok citer, fb pun asyik la status ni...dok saling kutuk mengutuk.bg eka dua belah pihak ada bt salah...abes cerita

      Delete
  2. Akak sgt stuju ngan pendapat eka. Akak pun x belah mana2...tapi mmg malu tengok org2 kita yang bertindak kurang ajar. Bukan kah lebih baik jika semangat sebegitu diarahkan ke palestin, menentang rejim zionis yang kejam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang... tgk tak berita tadi, yg org asing dtg negara kita..wife dia org sini...yg dia sound amoi tu... malu gila..org luar dpt menilai...serius malu sgt

      Delete
  3. just to say..entri ni TERBAIKKKK!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx :) sekadar pandangan... setiap org anda pendapat masing2, tp bagi eka, eka tak bape suka le camni... i love malaysia...takmo la gado sana gado sini...risau hokey

      Delete
  4. Setuju eka...
    Akal kita boleh fikir kan...

    Malu, segan...takut..
    Apa akan jadi akan datang..
    Smga kita dlindungi hendaknya..

    ReplyDelete
  5. betol eka...et lagi geram sebab pasal BERSIH ni semua kerja tergendala..

    ReplyDelete
  6. betul..betul..betul..sy sokong sis eka...geram jer..nak sume perfect,,padahal fikir la, negara kita nie berbilang kaum dan bangsa...

    ReplyDelete
  7. cikgu eka : kita kalau nk bersuara pon leh smp sini jela.. tp bygkan camne anwar takluk pemikiran pengikut dia.. dr negara kita aman, xde perhimpunan haram tb2 langsung bole jd huru hara..mmg dia power! tp yg bodohnya..pengikut dia la... kalau dh kena thn polis, dh masuk 'dalam', macam la anwar tu nk dtg tlg jaminkan...menangis sndri la jwbnya... tu br dikatakan, "ada akai xmau pakai..!"

    ReplyDelete
  8. sue pun geram eka... sue kat redang time semua ni berlaku, time tu tertengok news ni kat challet.. time tu pelancong lain pun tgk.. malunya rase..kecewa sgt dgn sikap diorang yang mentaliti kolot ni.. pelancong kat situ siap geleng2 kepala.. aduyaaaiii

    bila pikir ni mmg skit hati sgt..duk elok2 negara aman damai, jadi camni
    so skang sue buat tak tau je bila kluar berita pasal kes ni, lagi tau lagi sakit hati.. baik sue pikir cara2 nak dapatkan anak..hehehe

    ReplyDelete