Saturday, 9 July 2011

air mataku menitis lagi

ntah kenapa sejak 2 menjak ni... jiwa aku mudah terusik... smlm tengok citer papadom... boleh tanpa aku sedari... ada cecair jernih menitik di pipi aku... tersedu sedan, sampia nak tidomlm tu pun tak dpt... tetiba sebak teringat kan abah di kampung... kalu nak tau, papa mia dlm cite tu sebiji cam abah aku...


dulu (masa form 3 rasanya) aku salu tension... kawan2 ajak kuar cari buku rujukan, mmg dia tak izinkan, unless dia folo skali... dia tak kisah dok lama2 kat mall. siap sanggup amik cuti lagi taw... asalkan aku dekat dgn dia, ada depan mata dia... waktu tu mmg tak de chance nak berpacaran la. tipu...ada juga tapi senyap2...abah tak tau. bila membesar tak mcm remaja lain, timbul rasa cam nak memberontak, beysa la... jiwa tgh muda, takmo dikongkong.nak bebas je kejenya... kadang2 sampai merajuk2, sebiji cam mia tu la... pernah aku suh mama pujuk abah, bagi chance skali je nak kuar dgn kengkawan, mama berjaya pujuk abah... sekali tuhan nak tunjuk, bas rosak... lastly cari abah gak. time tu takut giler... sbb 1st time naik bas awam... Di saat diri ditimpa masalah, barulah aku sedar bahawa hanya abah je yang mampu memberi perlindungan kpd aku. even sampai skang ni pun, walaupun dah kawen... abah tetap folo aku dgn en somi ke mana2 selagi boleh :)

dalam citer ni, paling aku sedih part mia tak bg bapak dia dtg ke uni. bapak dia cakap... papa sunyi, tak de sapa2 dah since mak dah meninggal, papa nak mia dok dpn mata papa, biarpun terpaksa berkorban jadi JAGA. mcm tu la agaknya perasaan abh kat umah....sunyi tanpa kehadiran ank tunggalnya ni...




orang kata, masa kecil perkataan pertama yang kita pandai sebut.. mak... 
Bila nangis, orang pertama yang datang ..mak... 
Bila nak peluk… yang kita suka peluk..mak, 
Bila takut, kita selalu panggil.. “makkkkkkkk! “
Bila ada masalah, yang paling risau..mak
seolah2 macam ayah tak wujud.... padahal, kita tak tau ayah-lah yang mengingatkan mak setiap hari untuk menelefon kita bila berjauhan




Mungkin masa kecil, mak yang lebih rapat dari kita, tapi tahukah kita sekembalinya ayah dr bekerja dengan wajah lelah, ayah terus menanyakan pada mak tentang khabar kita dan apa yang kita lakukan seharian? walaupun hatinya sedih sebab tidak dapat melihat proses tumbesaran kita pada setiap masa, namun apakan daya, ayah terpaksa mencari rezeki demi sesuap nasi...








Pada saat kita menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatap hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kita, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.


Pada saat kita masih kanak2 perempuan...Ayah biasanya mengajar kita basikal .Dan setelah ayah mengganggap kita sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikal kita .Kemudian mak cakap "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya" itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka.... Tapi sedarkah dikau?Bahawa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal kerana dia tahu bidadari kecilnya PASTI mampu melakukannya.





Saat kita ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu risau sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata, "Sudah di beritahu! jangan minum air sejuk!". Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar merisaukan keadaanmu..




Ketika kita sudah beranjak muda remaja..Kita mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan "Tidak boleh!". Tahukah kita, bahawa ayah melakukan itu untuk menjaga kita?Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa harganya..Setelah itu kita marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil menghempap pintu... Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahawa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya. Ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi pada masa yg sama dia HARUS menjagamu?





Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu selalu melanggar jam malamnya. Maka ayah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatir dan bimbang. Dan setelah perasaan khuatir itu berlarutan. Ketika melihat puterinya pulang larut malam, hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahawa ayah sgt takut berhadapan dgn perkara sebegini . Ayah takut puterinya akan segera pergi meninggalkannya


Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.





Ketika menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat itu - ini, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk bahumu lalu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.




Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain, walaupun dia sendiri terpaksa bergolak gadai. Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah,"Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?





Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat puteri kecilnya yang tidak manja dan telah menjadi seseorang.





Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah 'paling cool sedunia' ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbual berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?




Sampai saat seorang teman lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya. ayah akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.



Dan akhirnya....



Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ya....Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa...."Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang comel dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"





Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....





Papa, Ayah, Bapak, atau Abah... telah menjalankan tugas dgn sebaiknya. semoga dengan renungan ini membuatkan aku tidak lupa jasa dan pengorbanan abah terhadap aku
I LOVE U ABAH !!!


16 comments:

  1. Alahai Eka, tersentuh la...
    betul, orang lelaki ni kekadang nampak macam selamba je, tapi sebenarnya, dia sangat ambil berat pasal...

    cute gambar masa Eka kecik...=)
    sama je muka dr kecik..hehe

    ReplyDelete
  2. Yess..rite eka..
    senah panggil ayah senah "BABA"
    memang baba senah pun peranai gini.. dari sekolah dia memilih setiap kursus untuk senah.. dan bila dah sampai disini senah tahu "BABA TAHU TAHAP MANA KEUPAYAAN SENAH..TERNYATA TEPAT PILIHAN NYA"
    lov u BABA "En. AZIDAN BIN DON....
    pengerusi SENATOR TERHORMAT DAERAH KANGKAR PULAI JB hehehe =P

    ReplyDelete
  3. anie : tu la pasal anie... ahahahha....yg paling obvious mata sepet ku ituw


    senah : bersyukur sgt kita dpt bapa yg betul2 concern pada kita.wah pengerusi senator lg ye

    ReplyDelete
  4. terharu su baca n3 ni eka.....

    kita selalu cari mak bila apa2,,,,,
    tapi sebenarnya dua2 sama penting kan,,,

    abah tiada satu hari bersama kita kerana mencari rezeki..mak 24 hour di rumah,,,,sebab tu kita lebih rapat dengan mak....

    apa2 pun 2 insan ini sangat penting dalam hidup kita,,,

    moga ALLAH rahmati mereka...amin

    ReplyDelete
  5. eka....tersentuh n berjurai air mata Yana bace entry eka ni....Yana xsempat berkongsi kejayaan ms konvo, berkongsi kebahagiaan ms kawen dgn Papa..Arwah papa yana meninggal lepas Yana SPM... sedih..

    hanya doa dpt Yana iringkan semoga Arwah ditemptkan dikalangan para solihin...ameen..al-fatihah..

    ReplyDelete
  6. susu : tu la...geng bapa2 mencari rezeki.kelua pagi balik malam, utk memastikan segala keperluan kita ckp...tp kita rasa cam jauh je dgn dia sbb dia jrg bersama kita.walhal dia kelua mencari rezki


    yana : sorry.i didnt mear to hurt u...sorry dear...eka tau yana kuat. smoga yana jumpa papa di syurga.amin.al fatihah

    leeyana :

    ReplyDelete
  7. Ah, Lina pun 'ter'keluar air mata pulak ni..ayah-ayah memang macam tu ek..

    ReplyDelete
  8. sgt touching..tiba2 rasa sebak bila baca entry ni *Sob sob*

    ReplyDelete
  9. haaa mencik2 bace entry eka ni nana plak yang berjurai air mate..haa cengeng la saye ni..nak2 tgh2 naek bendera merah ni..lagi la sensitip tah pape..but anyways, thanks eka..igtkan nana kasih sayang abah =)

    ReplyDelete
  10. eka: huhu..tersentuh kite..betullah bila dah besarp jg ni..baru paham kenapa dia kata tidak utk segala kata 'ya' seorg ibu kita...kenapa dia hanya diam memandang.. dari datang memujuk bila kite sedang sedih putus cinta..huhu..honestly,my abah..adalah org yg paling suke menunjukkan kaseh syg pd anak2 especially pompuan....

    ReplyDelete
  11. btl eka....mya setuju 100% apa yg eka coretkan...abah lah org yg kita patut jadikan idola dan contoh...dia kerja keras smpi sakit demam sbb nk bg kita sesuap nasi dan kebahagiaan...xpe kita dah buktikan pada abah kita yg kita telah berjaya hari ni hasil dari didikan nya...pis yaa..sayang my abah jugak..

    ReplyDelete
  12. eka, nangis zana baca entry ni.. terharu, tersentuh..

    pengorbanan abh sememangnya hebat.. sehebat abh juga.. hargailah pengorbanan abh selagi dia masih ada..

    semoga abh kita semua sntiasa diberikan kesihatan yg baik & bahagia selalu hndknya..

    ReplyDelete
  13. this entry make me sad sis..
    ceh tetibe trharu ea wlpn entry ni tok abh sis..hehe

    btw jom komen link entry wani ni.

    http://akuazwani91.blogspot.com/2011/07/i-saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

    thx a lot =)

    ReplyDelete
  14. tersentuhnya ape yg akak tulis nie...
    Seronoknya dapat dibesarkan oleh ibu n ayah sampai dewasa,,
    Sya hanya dpat merasai kehadiran sorg ayah hanya 11 tahun jer... pastu dibesarkan oleh ibu sendirian smapi skrg... tapi sy bangga sbb dia dpt besarkan sy walaupun tiada ayah disisi...Rindunya pada ayah sy n my mom..

    ReplyDelete
  15. tersentuh baca entry ni eka..ayah kita ni kdg2 x nmpk caring kat kita..pdhal dia care sgt2..cuma dia nak kita nmpk dia garang so that kita takut kat dia..bila kita takut, so kita x akan buat benda2 yg x bukan2..kan??

    ReplyDelete
  16. tu la kan...eka pun sedih baca entry senirik...hmm

    ReplyDelete