Tuesday, 12 July 2011

gadis pengsan nampak makhluk aneh

aku begitu tertarik dgn isu ni memandangkan ia nya menjadi perbualan hebat sejak akhir2 ini... aku dapat berita ni dari borneo post


korang percaya tak kewujudan 'makhluk lain' selain manusia... 

baru2 ni kawan aku terpaksa bergegas ke kampung sbb dapat emergency call dari mak bapaknya yg eksiden. so tadi baru dia buka cerita....sebelum kejadian berlaku, bapaknya nampak 'sesuatu melintas'. jadi bila nak elakkan kerete derang dari melanggar 'sesuatu' itu... secara tidak sengaja, tindakan reflek la ni...terus pusing stereng kete..dalam keadaan terkejut, kalu kita pusing power stereng mmg dasyat la penangannya kan...kereta yg mak bapaknya naik melambung2 3 kali, mmg remuk keretanya...parent dia pun tenat masa dpt call tu... dan skang ni alhamdulilah dah dapat rawatan dari hospital. skang cuba kaitkan dgn cerita di bawah dan juga peristiwa seram di lebuh raya karak



PERCAYA ATAU TIDAK: Kelihatan tangan makhluk (anak panah) cuba mencekik mangsa melalui gambar

.

 
Kejadian ni berlaku di sibu... Menurut sumber, mangsa sedang merakam gambar sewaktu mandi manda sehingga muncul satu imej yang menyerupai tangan satu lembaga seolah-olah hendak mencekik leher mangsa. “Setelah mengambil gambar, mangsa terus naik ke tebing dan pengsan sehingga menyebabkan rakan-rakannya yang lain terkejut dan cuba membantunya  “Melihat mangsa gagal memberi sebarang tindak balas, salah seorang rakannya kemudian berlari ke rumah panjang berdekatan untuk meminta pertolongan,” ujarnya yang enggan dikenali kepada Utusan Borneo, semalam. Penduduk rumah panjang yang dimaklumkan jelasnya, kemudian bergegas ke tempat kejadian dan cuba memberikan pertolongan kepadanya termasuk menggunakan jampi tertentu. Menurutnya, sedang beberapa orang penduduk rumah panjang sibuk memberi pertolongan kepadanya, salah seorang rakannya sempat mengimbas gambar yang diambil dengan menggunakan telefon bimbit dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat objek yang menyerupai tangan ‘hantu’ cuba mencekik mangsa .“Salah satu tangan ‘benda’ itu terletak berdekatan dengan dagu remaja itu sementara tangan satu lagi sudah berada di tengkuk kirinya dan dilihat seolah-oleh bersedia untuk mencekik mangsa yang sedang berada di dalam sungai tersebut untuk memberikan posenya kepada rakan yang sedang mengambil gambarnya,” ujar sumber itu.


Jelas sumber itu, mangsa kemudian dibawa ke rumah panjangnya dan difahamkan sudah sedar dan keadaannya tidak membimbangkan. Bagaimanapun katanya, satu upacara ‘ngampun’ mengikut adat lama masyarakat Iban akan dijalankan hari ini (semalam) di sungai tersebut bagi meminta maaf kepada makhluk halus itu. Sungai Nibong yang terletak kira-kira 30 meter dari pusat bandar ini dan terletak di Jalan Nibong-Tada. Kejadian itu berlaku tidak jauh dari jambatan Sungai Nibong yang terletak di jalan terbabit.
Utusan Borneo turut diberitahu bahawa jalan raya di situ, sama ada sebelum dan selepas Jambatan Sungai Nibong itu merupakan satu tempat yang ‘sangat keras’. Menurut penduduk di situ, jalan terbabit sudah banyak mengorbankan nyawa manusia yang terlibat dalam kecelakaan jalan raya. Kata mereka, setiap kemalangan yang berlaku di situ pasti akan meragut nyawa dan jarang yang selamat apabila ditimpa kemalangan di jalan terbabit. Ada antara mereka menyatakan bahawa banyak pengguna jalan raya yang melalui jambatan terbabit kerap diganggu oleh makhluk halus terutama pada waktu malam.

 cerita2 macam ni bukan sahaja diakui oleh orang kita, malah orang iban juga... dalam islam pun ada menyatakan hantu wujud dari syaitan yang menjelma utk memesongkan akidah anak2 adam ... kamu pula bagaimana, pernahkah terserempak dengan 'mereka2' ini


2 comments:

  1. halamak seriau nye dgr...mya percaya bnd ni smua wujud tp kita xnmpk ngan mata kasar...hasben mya pun bnyk kali kena kacau..kalo dulu masa blk mlm hasben mya ckp moto dia tiba2 jd berat...tau2 dah bau semacam..bnd tu penah tunjukan rupa pun ada, masa dia ngan mmbr kuar mkn..mmbr2 dia pun nmpk..tp org laki kan dia kuat semangat ckit..klw mya mau tumbang kt situ gak..

    ReplyDelete
  2. takut nyer.. seram plak.. dah sensorang 2-3 hari ni adoi!

    ReplyDelete