Friday, 1 July 2011

solat ketika sakit

ekoran kes terpeleot semalam... arini makin menjadi2. jalan pun dah mcm apa je...abes sakit satu badan.bila nak lipat kaki ni lagi la seksa. naknya masa nak duduk antara dua sujud. menyedari solat 5 waktu merupakan tiang agama... jadi aku yg sememangnya jahil bab agama terpaksa gugel utk mengetahui tertib solat duduk/baring dgn betul... ada part yg aku confuse, teruk kan... selama ni mmg tak penah solat duduk/baring. setakat demam, aku solat cam biasa je.... tu la dulu masa ustaz ngajar tanak dgr betul2... main2 lagi... nampak sgt ilmu belum ckp di dada... apatah lg bekalan ke akhirat *insap* so, aku saja nak tempek kat blog utk rujukan diri sendiri


1.  SOLAT SAMBIL DUDUK
- Keadaan duduk adalah seperti duduk antara 2 sujud
- mengadap kiblat
- Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah sama seperti solat biasa
- Rukuk dilakukan dgn menundukkan kepala sehingga kedudukannya bertentangan dengan tempat sujud
- Iktidal pula dilakukan dgn mengangkat kepala tegak semula
- Sujud spt biasa. Namun, jika tak mampu, bolehlah dgn menundukkan kepala rendah sedikit drp tunduk ketika rukuk.
 
2. SOLAT BARING MENGIRING
- mengiring di atas rusuk kanan
- muka dan dada mengadap kiblat
- Rukuk dan sujud dilakukan dgn cara menunjukkan isyarat kepala. Tundukkan kepala  semasa rukuk, sementara sujud dilakukan dgn menundukkan kepala lebih rendah drp ketika rukuk.
- Jika tidak mampu, bolehlah menggunakan isyarat kelopak mata bagi rukuk, manakala sujud dengan isyarat menutup mata.

 
3. SOLAT BARING MELENTANG 
- baring melentang dan kakinya diluruskan ke arah kiblat
- tinggikan sedikit kepala dgn menggunakan bantal (atau seumpamanya) supaya muka mengadap kiblat
- Rukuk dan sujud dgn isyarat kelopak mata spt dalam suasana solat mengiring di atas
- Jika tidak terdaya, bolehlan rukuk dan sujud dgn cara lintasan (niat) di hati dgn mengingati setiap perbuatan dlm solat
- Tangan diangkat spt biasa ketika takbir. Jika tidak berdaya, memadai dgn ucapan Allahu Akbar sahaja.



thanx to link ini...
update citer semalam : tadi call abah lagi... abah ckp dia rasa sakit kat dada... maybe hentakan masa accident smlm... sungguh aku sgt risau, risau, risau... 1000x... tak suka keadaan camni...suh pegi spital tak nak... dia ckp, dia leh tahan lagi...camne nak buat ni... ya allah ya tuhanku, lindungilah mama dan abah dr segala jenis bencana, penyakit dan bahaya...amin...

No comments:

Post a Comment